Israel tidak ada 'pelan andal' untuk lindungi orang awam Rafah, kata Blinken
Anggaran Waktu Membaca:
Setiausaha Negara AS Antony Blinken. (Gambar: AP)
WASHINGTON: Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Antony Blinken berkata Israel tidak mempunyai "pelan yang andal" bagi melindungi kira-kira 1.4 juta orang awam Palestin yang sedang berlindung di bandar Rafah.
Encik Blinken berkata demikian dalam satu rancangan ABC News apabila mempertahankan keputusan pentadbiran Joe Biden menggantung kiriman 3,500 bom Amerika kepada Israel.
Pentadbiran Biden bimbang tentera darat Israel akan menggunakan bom-bom itu di Rafah yang sudahpun diserang hebat sejak beberapa hari lalu.
Encik Blinken menjelaskan buat masa ini hanya kiriman bom-bom tersebut ditangguhkan kerana Amerika tetap berazam untuk melindungi Israel.
Namun Encik Blinken berkata kiriman lebih banyak senjata mungkin juga dihentikan jika tentera darat Israel menggempur Rafah secara besar-besaran.
Israel mahu menggempur Rafah kerana mendakwa bahawa ribuan saki-baki anggota bersenjata Hamas berada di bandar itu.
Bagaimanapun Encik Blinken memberitahu satu rancangan stesen NBC bahawa serangan habis-habisan Israel di Rafah boleh mencetuskan keadaan anarki tetapi tidak akan dapat menghancurkan Hamas.
Sementara itu, tentera Israel menghantar semula kereta-kereta kebal ke kem pelarian Jabalia di bahagian utara Carikan Gaza pada Ahad (12 May).
Kerahan itu dilakukan selepas jet dan tentera darat Israel mengebom bandar tersebut.
Para pegawai kesihatan Gaza berkata 19 orang terbunuh dan puluhan yang lain cedera.
Tentera Israel mengatakan operasi di Jabalia itu bertujuan mencegah Hamas daripada membangunkan semula keupayaan ketenteraannya di sana.
Secara keseluruhannya, serangan Israel di Carikan Gaza sejak 7 Oktober lalu, telah membunuh sekurang-kurangnya 35,000 orang, sebahagian besarnya orang awam.
Perang Israel-Hamas sekarang bermula apabila kumpulan Hamas menyusup dan melakukan serangan di bahagian selatan Israel yang membunuh hampir 1,200 orang dan menculik lebih 250 orang sebagai tebusan.

Sumber : AGENCIES/MU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.