Skip to main content

Dunia

Israel terus serang Gaza, PBB gesa perlindungan orang awam & prasarana

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa perlindungan segera terhadap penduduk dan prasarana awam di Carikan Gaza, sambil menegaskan bahawa mereka tidak boleh dijadikan sasaran.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel terus serang Gaza, PBB gesa perlindungan orang awam & prasarana

Menurut jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), orang awam tidak mempunyai jaminan keselamatan di Gaza, tidak kira di mana mereka berada. (Gambar: AP)

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa perlindungan segera terhadap penduduk dan prasarana awam di Carikan Gaza, sambil menegaskan bahawa mereka tidak boleh dijadikan sasaran.

Menurut Agensi Berita Emirates (WAM), rayuan itu menyusuli laporan harian berhubung serangan Israel yang berterusan di semua lima kawasan yang ditadbir gabenor di Carikan Gaza, melibatkan serangan udara, tembakan darat dan tembakan tentera laut yang terus menyebabkan kematian di kawasan-kawasan perumahan.

Jurucakap PBB Stéphane Dujarric menyatakan tiada jaminan keselamatan untuk orang awam di mana-mana sahaja di Gaza.

Beliau menekankan serangan di Deir al-Balah pada Khamis (16 Apr) ke atas pusat kesihatan Maghazi, yang dikendalikan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Raya PBB (UNRWA), mengakibatkan kecederaan dan kerosakan ketara.

Walaupun terdapat risiko, Pejabat PBB untuk Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) terus memberikan bantuan menerusi mekanisme tindak balas bersama.

Inisiatif itu memastikan lebih 300 keluarga menerima bekalan penting minggu lalu, termasuk khemah, selimut dan barangan rumah, untuk membantu mereka yang terjejas oleh perang dan keadaan cuaca yang teruk.
Sumber : Bernama/AZ/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita