Israel terima mayat dipercayai tebusan terakhir dari Gaza
Polis Israel mengesahkan pihaknya sudah menerima anggota badan dipercayai milik seorang daripada dua tebusan terakhir yang terkorban di Carikan Gaza.
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Polis Israel mengesahkan pihaknya sudah menerima anggota badan dipercayai milik seorang daripada dua tebusan terakhir yang terkorban di Carikan Gaza.
Anggota badan tersebut kini diserahkan kepada institut forensik negara untuk proses pengecaman.
Di bawah fasa pertama gencatan senjata rapuh yang diusahakan oleh Amerika Syarikat antara Israel dengan Hamas di Gaza, Hamas sepatutnya menyerahkan kembali kesemua 48 tebusan yang ditahan, di mana 20 daripadanya masih hidup.
Kesemua tebusan sudah pun diserahkan kecuali dua mayat warga Israel, Ran Gvili dan warga Thailand, Sudthisak Rinthalak.
Israel sebelum ini menuduh Hamas melengah-lengahkan penyerahan mayat terbabit.
Hamas pula menyatakan proses mendapatkan semula mayat terbabit kini lebih perlahan kerana anggota badan terbabit berada di bawah timbunan besar runtuhan yang ditinggalkan oleh perang dahsyat selama dua tahun.
"Polis Israel mengiringi apa yang mereka sifatkan sebagai keranda tebusan yang terkorban ke Pusat Kebangsaan Perubatan Forensik," kata pasukan itu dalam satu kenyataan ringkas.
Siaran langsung AFP kemudian menunjukkan konvoi yang membawa anggota badan itu tiba di institut forensik di Tel Aviv.
Pejabat Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebelum ini berkata Israel menerima penemuan terbabit melalui Palang Merah di dalam Carikan Gaza.
Pejabat itu tidak menyatakan sama ada anggota badan yang ditemui itu milik Encik Gvili atau Encik Rinthalak, tetapi memaklumkan bahawa pihak berkuasa sedang berhubungan dengan keluarga mangsa.
Setakat lewat Selasa petang (2 Dis) waktu tempatan, Hamas belum mengesahkan penyerahan mayat tebusan kepada Israel seperti yang dilakukan sebelum ini.
Hamas menahan seramai 251 orang tebusan semasa serangan pada 7 Oktober 2023 ke atas Israel, yang mengakibatkan kematian 1,221 orang.
Serangan balas Israel di Gaza pula mengorbankan sekurang-kurangnya 70,112 orang, menurut angka kementerian kesihatan wilayah itu yang dianggap boleh dipercayai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Kementerian itu menyatakan, sejak gencatan senjata mula berkuat kuasa di wilayah itu, seramai 356 rakyat Palestin terbunuh akibat serangan tembakan Israel.
Tentera Israel pula melaporkan tiga askar terbunuh dalam tempoh yang sama.
Seorang pegawai Hamas memberitahu AFP bahawa pasukan sayap bersenjata kumpulan itu dan Jihad Islam diiringi oleh Palang Merah, sudah menjalankan operasi mencari mayat selama beberapa hari di pelbagai kawasan, terutamanya di Jabalia dan Beit Lahia di utara wilayah terbabit.
"Sejumlah mayat ditemui di bawah runtuhan dan sedang diperiksa," kata pegawai berkenaan, sambil menambah bahawa operasi pencarian sedang diteruskan dan tiada pengesahan bahawa mana-mana mayat yang ditemui itu milik tahanan Israel.
"Pihak perantara dimaklumkan bahawa jika kedua-dua mayat ditemui, ia akan diserahkan segera kepada pihak Israel melalui mekanisme yang ditetapkan," tambah pegawai itu tanpa memberikan butiran lanjut.
Gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober kekal rapuh, dengan Israel dan Hamas saling tuduh menuduh satu sama lain melanggar syarat, sementara Carikan Gaza kekal dalam krisis kemanusiaan yang mendalam.

Sumber : AFP/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.