Skip to main content

Dunia

Israel terima keranda mayat tebusan dari Gaza

Israel sudah menerima keranda mayat seorang tebusan dari Gaza, menurut pihak berkuasa pada Selasa (25 Nov), dengan mayat itu kini menjalani pemeriksaan forensik untuk menentukan identiti tabusan yang dipulangkan dengan perlahan di bawah gencatan senjata yang rapuh.
Anggaran Waktu Membaca:
Israel terima keranda mayat tebusan dari Gaza
Kenderaan Palang Merah, diiringi van yang dipandu oleh militan Hamas, bergerak di kawasan dalam apa yang dipanggil "garisan kuning" di mana tentera Israel berundur di bawah gencatan senjata di Gaza City pada 12 November 2025. (Gambar: Reuters/Dawoud Abu Alk)
Diterbitkan : 26 Nov 2025 05:17PM Dikemas Kini : 26 Nov 2025 05:18PM
TEL AVIV: Israel sudah menerima keranda mayat seorang tebusan dari Gaza, menurut pihak berkuasa pada Selasa (25 Nov), dengan mayat itu kini menjalani pemeriksaan forensik untuk menentukan identiti tabusan yang dipulangkan dengan perlahan di bawah gencatan senjata yang rapuh.

Keranda itu diserahkan di Carikan Gaza dan dipindahkan ke Israel, di mana ia tiba di Pusat Perubatan Forensik Israel di Tel Aviv. Seorang wartawan AFP melihat sebuah van putih diiringi oleh motosikal polis memasuki kawasan tersebut sedang para pegawai berdiri tegak dan memberi tabik hormat.

Pejabat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu menyatakan bahawa keluarga tebusan itu akan dimaklumkan selepas pengecaman identiti selesai, menyifatkannya sebagai "waktu yang sukar" dan menekankan bahawa usaha untuk membawa pulang setiap tebusan "tidak akan dihentikan sehingga tebusan terakhir dikembalikan".

Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa mengesahkan ia telah memudahkan pemindahan itu sebagai orang tengah.

MAYAT 3 TEBUSAN MASIH DI GAZA

Sebelum penyerahan mayat pada Selasa (25 Nov), mayat tiga tebusan dipercayai masih berada di Gaza. Ini termasuk Dror Or, 48 tahun, seorang pembuat keju dan ketua cef yang disayangi di Beeri yang terbunuh dalam serangan 7 Oktober 2023 dan dibawa ke Gaza; Sudthisak Rinthalak, 43 tahun, seorang pekerja pertanian dari wilayah Nong Khai di Thailand yang turut terbunuh di Beeri; dan Ran Gvili, 24 tahun, seorang pegawai polis elit Yasam yang meninggalkan rumah semasa cuti sakit untuk melindungi masyarakat berdekatan dan terbunuh dalam pertempuran di Alumim.
Sumber : Reuters/AT/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita