Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel tarik balik larangan aktiviti nelayan Palestin di Gaza

 Israel menarik balik larangan yang dikenakan kepada bot nelayan Palestin untuk ke laut dekat Gaza, kata tentera, menamatkan langkah yang dikenakan ketika keganasan awal bulan ini

Anggaran Waktu Membaca:
Israel tarik balik larangan aktiviti nelayan Palestin di Gaza

Nelayan Palestin membawa naik tangkapan mereka di pelabuhan bandar Gaza. (Gambar: Mohammed Salem/Reuters)

BANDAR GAZA: Israel menarik balik larangan yang dikenakan kepada bot nelayan Palestin untuk ke laut dekat Gaza, kata tentera, menamatkan langkah yang dikenakan ketika keganasan awal bulan ini.

Kesatuan nelayan Gaza mengesahkan penarikan semula larangan itu.

Ia menambah, zon tangkapan baru yang ditetapkan Israel adalah 12 batu nautika di selatan Gaza dan enam batu nautika di utara.

Tentera laut Israel kerap menembak bot penduduk Gaza yang didakwa sudah melanggar had dikenakan.

Seorang pegawai kesatuan, Zakaria Bakr berkata beberapa nelayan sudah mula ke laut untuk memancing pada Jumaat (10 Mac), kali pertama sejak Ramadan bermula.

Ia dilihat sebagai langkah pertama ke arah melaksanakan gencatan senjata yang rapuh bagi tujuan mengelakkan konflik baru antara tentera dan pejuang Palestin.

“Hari ini, zon tangkapan ikan di Carikan Gaza dijangka dibuka semula pada jarak sehingga 12 batu nautika," kata badan tentera Israel yang bertanggungjawab bagi wilayah Palestin, COGAT.

“Pelaksanaan itu berdasarkan syarat nelayan di Carikan Gaza menghormati perjanjian.”

Pertempuran antara tentera Israel dan kumpulan Hamas selama dua hari menyaksikan empat orang awam Israel dan 25 penduduk Palestin, terkorban.

COGAT menutup zon nelayan dan lintasan sempadan bagi penduduk dan barangan antara Israel dan Gaza sebagai reaksi kepada bedilan roket Hamas. 

Sumber : AFP/SU/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan