Skip to main content

Dunia

Israel serang selatan Lubnan sehari selepas gencatan senjata dilanjutkan

Israel melancarkan siri serangan udara besar-besaran terhadap selatan Lubnan pada Sabtu (16 Mei), walaupun gencatan senjata dilanjutkan antara kedua-dua negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel serang selatan Lubnan sehari selepas gencatan senjata dilanjutkan

Asap berkepul naik dari tapak serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan di luar bandar selatan Lubnan pada 16 Mei 2026. (Gambar: AFP/Kawnat Haju)

Diterbitkan : 17 May 2026 09:56AM Dikemas Kini : 17 May 2026 09:57AM
  • Israel melancarkan serangan udara besar-besaran ke atas selatan Lubnan pada 16 Mei, menyasarkan Hezbollah walaupun gencatan senjata dilanjutkan.
  • Serangan ini menyebabkan ribuan penduduk Lubnan terpaksa meninggalkan rumah, dengan penghijrahan ke Sidon dan Beirut dilaporkan oleh Agensi Berita Kebangsaan Lubnan.
  • Hezbollah membalas dengan melancarkan serangan dron dan operasi bertubi-tubi terhadap tentera Israel di selatan Lubnan.
  • Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres mengalu-alukan lanjutan gencatan senjata dan menggesa semua pihak mematuhinya, namun pelanggaran terus berlaku di kedua-dua pihak.
Dijana oleh AI
BEIRUT: Israel melancarkan siri serangan udara besar-besaran terhadap selatan Lubnan pada Sabtu (16 Mei), walaupun gencatan senjata dilanjutkan antara kedua-dua negara.

Israel menyatakan ia menyasarkan Hezbollah namun serangan itu berlaku selepas amaran pemindahan dikeluarkan di sembilan kawasan perumahan.

Serangan berterusan itu juga menambah kemusykilan mengenai gencatan senjata itu dalam kalangan beribu-ribu penduduk Lubnan yang diusir dari rumah masing-masing di selatan negara itu.

Agensi Berita Kebangsaan (NNA) kendalian Lubnan melaporkan serangan ke atas lebih 24 kawasan perumahan pada Sabtu, termasuk satu yang terletak lebih 50 kilometer dari sempadan.

Ia juga melaporkan penghijrahan penduduk ke arah bandar selatan Sidon dan ibu kota Beirut.

Pada lewat Sabtu, Hezbollah mengumumkan ia menyerang sasaran tentera Israel.

Ia menyatakan anggotanya menyasarkan "kubu Ya'ara ... dengan sekumpulan dron serangan", setelah mengumumkan operasi bertubi-tubi terhadap tentera Israel di selatan Lubnan.

Pada Jumaat, kedua-dua negara bersetuju melanjutkan gencatan senjata, yang bermula pada 17 April lalu namun dipenuhi dengan beberapa pelanggaran, selama 45 hari lagi.

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres berkata pada Sabtu beliau "mengalu-alukan" tempoh lanjutan itu dan "menggesa semua pelaku supaya menghormati sepenuhnya penggantungan keganasan".

Walaupun gencatan senjata dilaksanakan, Israel masih menyerang Lubnan dan tenteranya juga menduduki wilayah berhampiran sempadan.

Sementara itu, Hezbollah beberapa kali mengaku melancarkan serangan terhadap utara Israel dan terhadap tentera Israel di selatan Lubnan, termasuk serangan bertubi-tubi ke atas tentera Israel pada Sabtu.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita