Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel selaras serangan udara ke atas Syria bagi elak konflik dengan kempen AS

Anggaran Waktu Membaca:
Israel selaras serangan udara ke atas Syria bagi elak konflik dengan kempen AS

(Gambar: Ronen Zvulun/POOL/AFP)

MOSCOW: Israel secara rahsia menyelaraskan majoriti serangan udara ke atas Syria bersama tentera Amerika Syarikat (AS), bertujuan mengelak operasinya bertembung dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas ISIS, lapor Sputnik.

Menurut  laporan Sputnik yang memetik The Wall Street Journal, penyelarasan itu bertujuan menghalang operasi Israel daripada bercanggah dengan kempen AS menentang kumpulan pengganas ISIS.

Amerika Syarikat memberi perhatian khusus kepada serangan Israel berhampiran pangkalan tentera At Tanf, yang merupakan kubu kuat AS berhampiran sempadan Syria-Jordan.

Israel melakukan serangan ke atas Syria dari semasa ke semasa, dengan menyatakan operasinya bertujuan menentang kehadiran tentera Iran di republik Arab itu.

Damsyik mengutuk serangan sedemikian sebagai pencabulan kedaulatan negara Syria.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan