Israel sekat 70% bekalan air ke Gaza
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/Eyad Baba)
BANDAR GAZA: Tentera Israel dilaporkan menghentikan bekalan air dari syarikat Israel, Mekorot ke Carikan Gaza.
Sehingga 70 peratus daripada keseluruhan bekalan air ke wilayah itu disekat, lapor Anadolu Ajansi.
Jurucakap Majlis Perbandaran Gaza, Hosni Mehanna berkata gangguan itu melibatkan saluran paip utama di kawasan kejiranan Shujaiya di timur Bandar Gaza, lokasi di mana operasi ketenteraan Israel sedang giat dijalankan sejak Khamis (3 Apr) lalu.
“Punca sebenar gangguan masih belum dikenal pasti, tetapi kami sedang bekerjasama dengan pertubuhan antarabangsa untuk menyiasat sama ada paip itu rosak akibat pengeboman oleh tentera Israel di kawasan itu,” kata Encik Mehanna.
Jurucakap tersebut tidak menolak kemungkinan gangguan berpunca daripada tindakan ketenteraan secara langsung atau keputusan politik yang disengajakan oleh pihak berkuasa Israel.
“Apa pun sebabnya, kesannya sangat membimbangkan. Sekiranya aliran air dari Mekorot tidak dipulihkan semula dalam masa terdekat, Gaza akan berdepan krisis air yang serius,” katanya.
Carikan Gaza, yang sekian lama bergelut dengan kekurangan air bersih akibat sekatan, keruntuhan infrastruktur dan pencemaran sumber air bawah tanah kini berisiko tinggi menghadapi dehidrasi meluas.
Sejak serangan ketenteraan Israel bermula pada Oktober 2023, lebih 50,000 rakyat Palestin dilaporkan terkorban.
Serangan disambung semula pada Mac lalu selepas gencatan senjata hampir dua bulan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.