Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel sedang menilai syarat gencatan senjata, dedah sumber tentera

Israel sedang menilai sama ada keadaan sesuai untuk negara itu menghentikan serangan udaranya ke atas kumpulan-kumpulan Palestin di Gaza namun bersedia melancarkan serangan selama "beberapa hari lagi" jika perlu, menurut sumber tentera Israel pada Rabu (19 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Israel sedang menilai syarat gencatan senjata, dedah sumber tentera

Kemusnahan di Gaza akibat serangan udara Israel pada Mei 2021 (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 20 May 2021 10:54AM Dikemas Kini : 20 May 2021 10:58AM

TEL AVIV: Israel sedang menilai sama ada keadaan sesuai untuk negara itu menghentikan serangan udaranya ke atas kumpulan-kumpulan Palestin di Gaza namun bersedia melancarkan serangan selama "beberapa hari lagi" jika perlu, menurut sumber tentera Israel pada Rabu (19 Mei).

"Kami sedang meneliti masa yang sesuai untuk gencatan senjata," kata sumber itu, yang tidak mahu namanya didedahkan.

Sumber itu menambah bahawa Israel sedang menilai sama ada objektifnya untuk melenturkan keupayaan Hamas di Gaza sudah tercapai.

"Persoalannya adalah sama ada Hamas memahami mesej" bahawa bedilan roketnya terhadap Israel tidak boleh diulangi, tambah sumber itu.

Serangan besar-besaran Israel ke atas Gaza bermula pada 10 Mei, tidak lama selepas Hamas melancarkan roket ke arah Baitulmakdis sebagai tindak balas terhadap kekerasan polis Israel di pekarangan Masjid Al-Aqsa.

Menurut pegawai tentera itu, Israel memutuskan untuk bertindak menjangkaui tahap setakat bertindak balas terhadap bedilan roket Hamas.

"Kami mengambilnya sebagai peluang untuk melemahkan kapasiti Hamas," kata sumber itu.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan