Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel pinjamkan AS$155 juta kepada Palestin susuli rundingan peringkat tinggi

Israel akan meminjamkan lebih AS$150 juta (S$201 juta) kepada Penguasa Palestin selepas kedua-dua pihak mengadakan pertemuan peringkat tinggi pertama dalam masa beberapa tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel pinjamkan AS$155 juta kepada Palestin susuli rundingan peringkat tinggi

PM Israel Naftali Bennett mempengerusi sidang Kabinet pertama pemerintahnya di Baitulmakdis pada 20 Jun 2021. (Gambar: Reuters/Emmanuel Dunand, Pool)

Diterbitkan : 31 Aug 2021 03:38PM Dikemas Kini : 31 Aug 2021 03:39PM

BAITULMAKDIS: Israel akan meminjamkan lebih AS$150 juta (S$201 juta) kepada Penguasa Palestin selepas kedua-dua pihak mengadakan pertemuan peringkat tinggi pertama dalam masa beberapa tahun.

Pertemuan antara Presiden Mahmoud Abbas dengan Menteri Pertahanan Israel Benny Gantz itu, bagaimanapun, disifatkan pemerintah Israel sebagai satu isu rutin.

Ia diadakan selepas Perdana Menteri Israel pulang dari Washington bagi rundingan sulung dengan Presiden Amerika Joe Biden.

Namun menurut sumber-sumber PM Naftali Bennett, kunjungan Encik Gantz ke Ramallah itu bukanlah satu proses diplomatik.

Pejabat Penguasa Palestin pula menyifatkan rundingan dengan Israel itu berkisar tentang hubungan dua hala.

Baru bulan lalu, pemerintah PM Bennett menahan hasil cukai AS$180 juta (S$241 juta) yang dikutip Israel bagi pihak Palestin.

Menurut jurucakap Encik Gantz, pinjaman AS$155 juta (S$208 juta) kepada Penguasa Palestin itu akan dibayar balik pada tahun hadapan selepas memotong hasil cukai yang dikumpulkan Israel bagi pihak Palestin.

Semasa perbincangan PM Bennett dengan Presiden Biden Jumaat lalu (27 Ogos), pemimpin Amerika itu mengulangi sokongan kepada huraian dua negara bagi konflik Israel-Palestin.

Presiden Biden juga menggariskan peri pentingnya langkah-langkah memperbaiki kehidupan rakyat Palestin. 

Sumber : Reuters/AA/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan