Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel patut 'serang' kemudahan nuklear Iran, kata Trump

Anggaran Waktu Membaca:
Israel patut 'serang' kemudahan nuklear Iran, kata Trump

Calon presiden Amerika Syarikat dari parti Republican, Donald Trump di acara kempen di Crown Complex, Fayetteville, North Carolina. (Gambar AFP)

WASHINGTON: Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republican, Donald Trump, berkata beliau percaya Israel harus menyerang kemudahan nuklear Iran sebagai tindak balas kepada serangan peluru berpandu oleh republik Islam itu, baru-baru ini.

Mantan presiden itu, yang bercakap di acara kempen di North Carolina, pada Jumaat (4 Okt) merujuk kepada soalan yang diajukan kepada Presiden AS, Joe Biden, minggu ini mengenai kemungkinan Israel menyasarkan program nuklear Iran.

"Mereka bertanya kepadanya, apa pendapat anda mengenai Iran, adakah anda akan menyerang Iran?.. dan beliau menjawab, 'Selagi mereka tidak menyerang peralatan nuklear.'

"Sepatutnya, itulah kemudahan yang perlu anda serang, bukan?" kata Trump pada satu acara kempen di Fayetteville, dekat sebuah pangkalan tentera AS yang besar.

Presiden Biden ditanya pada Rabu sama ada beliau akan menyokong serangan terhadap tapak nuklear Iran dan Presiden AS itu memberitahu wartawan: "Jawapannya adalah tidak".

Kata Encik Trump, sebagai maklum balas kepada jawapan itu, beliau percaya Presiden Biden salah dalam hal berkenaan.

"Bukankah itu (tapak nuklear) yang sepatutnya diserang? Maksud saya, itu adalah risiko terbesar yang kita hadapi, senjata nuklear.

"Apabila mereka bertanya soalan itu, jawapan yang seharusnya adalah serangan nuklear dahulu dan fikirkan mengenai yang lain kemudian.

"Jika mereka (Iran) mahu melakukannya, mereka akan melakukannya, namun kita akan mengetahui apa saja rancangan mereka," katanya.

Presiden Biden pada Rabu menyatakan tentangan terhadap serangan ke atas kemudahan nuklear Iran, sebagai tindak balas kepada tindajan Iran melepaskan hampir 200 peluru berpandu ke arah Israel.

"Kami akan berbincang dengan Israel mengenai apa yang akan mereka lakukan," katanya dan memaklumkan bahawa semua anggota G7 bersetuju Israel mempunyai 'hak untuk bertindak balas tetapi mereka harus bertindak balas sewajarnya'.

Encik Trump, yang terbabit dalam persaingan pemilihan presiden AS yang sengit dengan Naib Presiden AS, Kamala Harris, yang juga calon Democrat, menyentuh mengenai peningkatan ketegangan di Timur Tengah.

Beliau mengeluarkan kenyataan keras minggu ini, menyalahkan Presiden Biden dan Cik Harris atas krisis tersebut.



 
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan