Israel nafi gencatan senjata di selatan Gaza bagi bawa masuk bantuan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/SAID KHATIB)
BAITULMAKDIS: Israel pada Isnin (16 Okt) menyatakan bahawa tiada gencatan senjata di selatan Gaza.
Ini meskipun sumber keselamatan di Mesir menyatakan satu perjanjian dicapai untuk membenarkan warga asing keluar dari Carikan Gaza dan membolehkan bantuan kemanusiaan masuk.

BACA:
Pengeboman ke atas Gaza yang diketuai Hamas berlarutan sepanjang malam, dengan para penduduk berkata bahawa mereka mengalami pengeboman paling dahsyat sepanjang sembilan hari sejak konflik tercetus.
Sedang krisis kemanusiaan melanda Gaza, dua sumber keselamatan Mesir menyatakan bahawa Israel bersetuju untuk menghentikan pengeboman ke atas selatan Gaza. Sempadan lintasan Rafah yang dikawal Mesir dijangka dibuka bagi pemegang pasport asing untuk meninggalkan Gaza, kata mereka.
Namun, pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan dalam satu kenyataan: "Buat masa ini tiada perjanjian gencatan senjata dan bantuan kemanusiaan yang disetujui di Gaza, sebagai pertukaran untuk membenarkan warga asing untuk keluar."
Tentera Israel dan kedutaan Amerika Syarikat di Israel tidak memberi komen, sementera pegawai Hamas tidak mengesahkan sebarang gencatan senjata.
Keadaan masih tidak jelas di lintasan Rafah, iaitu satu-satunya lintasan yang tidak dikawal Israel, yang mengenakan sekatan penuh ke atas Gaza, di mana bekalan makanan semakin berkurangan.
Usaha diplomatik sedang dipertingkatkan untuk membenarkan bantuan dibawa masuk ke dalam Carikan Gaza. Wilayah tersebut sedang berdepan pengeboman oleh Israel sejak ia diserang Hamas pada 7 Oktober, di mana 1,300 terkorban.
Israel sedang bersiap sedia melancarkan serangan darat untuk menghapuskan Hamas.
Pihak berkuasa di Gaza menyatakan sekurang-kurangnya 2,750 orang sudah dibunuh oleh serangan Israel, dengan suku daripadanya adalah kanak-kanak. Sebanyak 10,000 penduduk Gaza cedera dengan kira-kira 1,000 lagi hilang, yang dipercayai berada di bawah runtuhan.
Ratusan tan bantuan dari sejumlah negara ditahan di Mesir sedang ia menunggu perjanjian untuk menghantar bekalan tersebut dengan selamat ke Gaza, serta pemindahan beberapa pemegang pasport asing menerusi lintasan Rafah.
Mesir menyatakan pengeboman oleh Israel menyebabkan lintasan tersebut tidak dapat beroperasi.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.