Skip to main content

Dunia

Israel musnahkan kampung Badwi Palestin buat kali ke-216

Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Tentera Israel pada Isnin (1 Mei) sekali lagi memusnahkan sebuah kampung Badwi Palestin di wilayah Negev selatan di Tebing Barat.

Tentera Israel menyerbu kampung itu dan memusnahkan tempat tersebut buat kali ke-216, Aziz al-Touri, ahli Jawatankuasa Pertahanan al-Araqib, memberitahu Anadolu.

Encik Al-Touri menegaskan bahawa penduduk kampung bertekad untuk membina semula rumah mereka sekali lagi, seperti yang mereka lakukan selepas setiap kemusnahan oleh tentera Israel.

Rumah-rumah di Al-Araqib, yang didiami oleh 22 keluarga Palestin, diperbuat daripada kayu, plastik, dan besi beralun.

Perkampungan itu pertama kali dimusnahkan pada 2010. Pihak berkuasa Israel mendakwa bahawa tapak di mana ia terletak berada di bawah "tanah negara."

Penduduk Al-Araqib adalah warga Arab Israel yang dipindahkan pada 1951 apabila Israel mendakwa kawasan itu sebagai "tanah negara", lapor Anadolu.

Zochrot, sebuah NGO yang berpangkalan di Tel Aviv, menyatakan dalam laporan baru-baru ini bahawa al-Araqib mula dibina pada zaman Uthmaniyyah dan tanahnya dibeli oleh penduduk.

Pihak berkuasa Israel berusaha untuk merampas kawalan tanah dan mengusir penduduknya, dengan berpuluh-puluh kampung dan masyarakat Badwi berdepan ancaman yang sama di kawasan Negev, menurut Zochrot.
Sumber : Bernama/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita