Israel mula lancar serangan darat ke atas Hezbollah; sasar selatan Lubnan
Tentera Israel menyatakan pada Selasa (1 Okt) bahawa ia sudah memulakan "serbuan terhad dan disasarkan" terhadap kubu-kubu Hezbollah di kawasan sempadan selatan Lubnan.
Anggaran Waktu Membaca:
TEL AVIV: Tentera Israel menyatakan pada Selasa (1 Okt) bahawa ia sudah memulakan "serbuan terhad dan disasarkan" terhadap kubu-kubu Hezbollah di kawasan sempadan selatan Lubnan.
“Tentera udara Israel dan pasukan meriam Angkatan Pertahanan Israel (IDF) menyokong pasukan darat dengan serangan ke atas kubu-kubu Hezbollah di kawasan itu,” menurut tentera Israel dalam kenyataannya.
Amerika Syarikat sebelum ini menyatakan bahawa tentera Israel telah melancarkan serangan darat terhad di Lubnan.
Jurucakap Jabatan Negara Amerika Matthew Miller memberitahu para wartawan bahawa para pegawai Israel "telah memaklumkan kepada kami bahawa mereka sedang menjalankan... operasi terhad yang menyasarkan infrastruktur Hezbollah berhampiran kawasan sempadan".
Seorang pegawai keselamatan Lubnan berkata Israel telah melancarkan sekurang-kurangnya enam serangan di selatan Beirut, selepas tentera Israel mengarahkan para penduduk di kubu kuat Hezbollah untuk berpindah daripada kawasan itu.
Di sebalik seruan masyarakat antarabangsa untuk menghentikan peperangan, Israel tetap bertekad untuk terus memerangi Hezbollah dan menutup sebahagian sempadan selepas membunuh ketua Hezbollah yang disokong Iran itu.
Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant memberi amaran bahawa pertempuran belum berakhir walaupun selepas melancarkan serangan besar-besaran ke atas Beirut yang membunuh ketua Hezbollah, Hassan Nasrallah pada Jumaat (27 Sep).

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.