Israel larang lelaki Palestin berusia 12-40 tahun solat di Masjid Al-Aqsa

Gambar: AFP
BAITULMAQDIS: Israel pada Selasa (5 Apr) melarang lelaki Palestin berumur antara 12 dan 40 tahun daripada memasuki Masjid al-Aqsa untuk menunaikan solat Jumaat ketika Ramadan.
Hanya wanita Palestin, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dan lelaki berumur lebih 50 tahun dibenarkan masuk ke Masjid Al-Aqsa jika mahu menunaikan solat, menurut Agensi Anadolu, memetik pihak berkuasa Israel.
Lelaki berumur antara 40 dan 50 tahun perlu mendapatkan kebenaran khas terlebih dahulu.
Rakyat Palestin yang mempunyai saudara-mara di Israel akan diberi permit untuk melawat pada Ahad dan Khamis.
Rakyat Palestin di Tebing Barat perlu mendapatkan kebenaran khas untuk melawat saudara-mara dan tempat suci termasuk Masjid Al-Aqsa.
Untuk keluar dari Tebing Barat, rakyat Palestin terpaksa melalui satu daripada 23 pusat pemeriksaan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.