Skip to main content

Dunia

Israel larang imam Masjid Al-Aqsa lakukan perjalanan

Anggaran Waktu Membaca:
 Israel larang imam Masjid Al-Aqsa lakukan perjalanan

Masjid Al-Aqsa pada 18 Jul 2021. (Gambar: AHMAD GHARABLI/AFP)

BAITULMAKDIS: Ejen perisikan Israel menyerbu kediaman Imam Masjid Al-Aqsa Sheikh Ekrima Sabri di Baitulmakdis Timur dan menyampaikan notis larangan perjalanan ke atas pendakwah itu, menurut peguamnya pada Isnin (4 Dis).

"Sheikh Ekrima diserahkan perintah yang menghalangnya daripada melakukan perjalanan," kata Khaled Zabarka kepada Agensi Anadolu.

Beliau berkata pendakwah Masjid Al-Aqsa itu menjadi sasaran kempen hasutan oleh kumpulan berhaluan kanan Israel.

"Rumahnya diserbu pada Ahad (3 Dis) dan ejen itu menyerahkan perintah roboh bangunan tempat beliau tinggal dan hari ini beliau dilarang melakukan perjalanan.

"Pencabulan terhadap pendakwah itu adalah percubaan untuk menutup mulutnya yang dengan lantang menyuarakan kebenaran," kata peguam itu.

Pendakwah berusia 84 tahun itu ditahan beberapa kali oleh Israel dan dilarang memasuki Masjid Al-Aqsa selama beberapa bulan.

Sheikh Ekrima merupakan pengkritik tegar pendudukan Israel selama beberapa dekad di wilayah Palestin. Beliau sebelum ini pernah menyandang jawatan mufti Baitulmakdis dan wilayah Palestin dari 1994 hingga 2006.

Masjid Al-Aqsa merupakan tempat suci ketiga umat Islam

Israel menduduki Baitulmakdis Timur yang menempatkan Al-Aqsa semasa Perang Arab-Israel 1967. Ia menduduki seluruh bandar itu pada tahun 1980, langkah yang tidak pernah diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita