Skip to main content

Dunia

Israel lancar serangan udara sasar kawasan perumahan di tengah Damsyik, lima maut

Anggaran Waktu Membaca:
Israel lancar serangan udara sasar kawasan perumahan di tengah Damsyik, lima maut

Gambar fail yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Arab Syria (SANA) pada 12 Jun 2022 menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik musnah ekoran serangan udara yang dilancarkan Israel. (Gambar fail: SANA/AFP)

DAMSYIK: Israel melancarkan serangan-serangan udara yang menyasarkan kawasan perumahan di tengah Damsyik pada awal Ahad (19 Feb), lapor agensi berita negara Syria.

Seorang pegawai polis mendedahkan kepada media negara bahawa terdapat sebilangan penduduk yang maut dan cedera.

Memetik satu sumber tentera, media negara menyatakan bahawa Israel melancarkan serangan udara yang menyasarkan beberapa kawasan di ibu negara itu selepas tengah malam. Akibatnya, lima orang terkorban dan 15 lagi mangsa cedera dalam kalangan orang awam. Ia turut menyebabkan kerosakan ke atas beberapa bangunan kediaman.

Masih tidak jelas sama ada serangan tersebut menyasarkan mana-mana individu tertentu.

Letupan kuat kedengaran di ibu negara sekitar jam 12.30 pagi waktu tempatan.

SANA melaporkan bahawa pertahanan udara Syria "menghadapi sasaran musuh di ruang udara sekitar Damsyik".

Israel bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung serangan tersebut.

Serangan pada tengah malam itu adalah yang pertama dilancarkan sejak gempa bumi dahsyat menggegarkan Turki dan Syria pada 6 Februari lalu.

Serangan terakhir yang dilaporkan ke atas Damsyik adalah pada 2 Januari, apabila tentera Syria melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan peluru berpandu ke arah lapangan terbang antarabangsa di ibu negara Syria pada awal hari Isnin berkenaan.

Serangan itu menyebabkan lapangan terbang tersebut tidak dapat menjalankan perkhidmatan, selain membunuh dua askar dan mencederakan dua yang lain.

Israel telah melancarkan beratus-ratus serangan ke atas sasaran di dalam kawasan yang dikawal pemerintah di Syria sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun, ia jarang memperakui atau membincangkan tindakan-tindakannya itu.
Sumber : AGENCIES/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita