Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel lancar serangan udara ke atas lapangan terbang Damsyik

Israel melancarkan serangan udara ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik di Syria dan kedudukan lain di selatan ibu negara itu, membunuh lima tentera dan menyebabkan kemusnahan harta benda. Demikian menurut kementerian pertahanan pada awal Sabtu (17 Sep).
 

Anggaran Waktu Membaca:
Israel lancar serangan udara ke atas lapangan terbang Damsyik

Gambar fail yang dikeluarkan oleh Agensi Berita Arab Syria (SANA) pada 12 Jun 2022 menunjukkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik musnah ekoran serangan udara yang dilancarkan Israel. (Gambar fail: SANA/AFP)

Diterbitkan : 17 Sep 2022 11:57AM Dikemas Kini : 17 Sep 2022 11:57AM
DAMSYIK: Israel melancarkan serangan udara ke atas Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik di Syria dan kedudukan lain di selatan ibu negara itu, membunuh lima tentera dan menyebabkan kemusnahan harta benda. Demikian menurut kementerian pertahanan pada awal Sabtu (17 Sep).

Pertahanan udara Syria memintas serangan itu dan berjaya menggugurkan kebanyakan peluru berpandu, menurut kenyataannya.

Tiada pengesahan yang dibuat serta-merta tentang sama ada serangan tersebut menjejas operasi lapangan terbang itu.

Israel memperhebat serangan ke atas lapangan terbang Syria untuk mengganggu Tehran, yang semakin kerap menggunakan talian bekalan udara untuk menghantar senjata kepada sekutunya di Syria serta Lubnan termasuk Hezbollah, sumber-sumber diplomatik dan perisikan serantau memberitahu Reuters.

Tehran menggunakan pengangkutan udara sebagai cara yang lebih andal untuk menghantar peralatan ketenteraan kepada pasukannya dan tentera bersekutu di Syria, menyusuli gangguan pada pemindahan darat.

Ratusan ribu orang terkorban dan jutaan yang lain kehilangan tempat tinggal sejak bantahan terhadap Presiden Syria Bashar al-Assad pada 2011 berkembang menjadi perang saudara yang menarik kuasa-kuasa asing dan menyebabkan Syria menjadi zon kawalan.
Sumber : Reuters/FZ/fz

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa