Israel lancar serangan bertubi-tubi ke atas Lubnan; Amerika desak huraian diplomatik dilaksana
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: JOSEPH EID / AFP
BEIRUT: Pesawat perang Israel melancarkan serangan paling hebat pada Khamis (19 Sep) di selatan Lubnan sejak perang Israel-Hamas di Gaza bermula hampir setahun lalu.
Demikian menurut sumber keselamatan Lubnan.
Ini sedang konflik antara Israel dengan kumpulan bersenjata Lubnan Hezbollah kian meruncing, sekalipun di tengah-tengah gesaan bagi sekatan dan desakan untuk meredakan konflik itu supaya dilaksanakan.
Rumah Putih menyatakan bahawa huraian diplomatik mampu dicapai dan mendesak, manakala Britain menyeru agar gencatan senjata segera antara Israel dengan Hezbollah dilaksanakan. Amerika "takut dan bimbang tentang kemungkinan konflik itu memuncak", kata jurucakap Karine Jean-Pierre dalam satu taklimat.
Serangan bertubi-tubi berkenaan berlaku berikutan serangan awal minggu ini, di mana Lubnan dan Hezbollah mendakwa Israel mendalanginya. Ia meletupkan radio dan alat kelui Hezbollah, sekali gus membunuh 37 orang dan mencederakan kira-kira 3,000 di Lubnan.
Semasa operasi yang dilancarkan pada Khamis, Israel melancarkan berpuluh-puluh bom di selatan Lubnan, menurut tiga sumber keselamatan Lubnan. Tiada laporan segera mengenai mana-mana korban jiwa dibuat.
Stesen radio Israel melaporkan bahawa berpuluh-puluh jet pejuang menyerang sasaran Hezbollah termasuk kira-kira 100 pelancar roket.
Tentera Israel tidak mengesahkan serangan itu tetapi berkata sebelum ini, ia menyerang berpuluh-puluh sasaran Hezbollah, termasuk pelancar roket dan depot senjata di selatan Lubnan.
Dalam satu ucapan yang disampaikan di televisyen pada Khamis, pemimpin Hezbollah Hassan Nasrallah menegaskan bahawa letupan peranti tersebut pada Selasa dan Rabu "melepasi semua garisan merah".
"Musuh melampaui semua kawalan, undang-undang dan moral," tekannya, sambil menambah serangan berkenaan "boleh dianggap sebagai jenayah atau pengisytiharan perang."
Israel tidak mengulas secara langsung mengenai letupan alat kelui dan radio, yang menurut sumber keselamatan mungkin dilakukan oleh agensi perisik Mossad, yang mempunyai sejarah panjang melakukan serangan canggih di tanah asing.
Utusan Lubnan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengatakan dalam sepucuk surat ke Majlis Keselamatan pada Khamis bahawa Israel bertanggungjawab atas tindakan meletupkan peranti itu menerusi mesej elektronik dan letupan yang disertakan dalamnya sebelum mereka tiba di Lubnan. Ini sejajar dengan teori yang tersebar luas sejak letupan tersebut berlaku.
Majlis Keselamatan yang terdiri daripada 15 anggota dijadualkan bermesyuarat pada Jumaat berhubung insiden letupan berkenaan.
Perdana Menteri Lubnan Najib Mikati menggesa Majlis Keselamatan PBB mengambil pendirian tegas supaya menghentikan "pencerobohan" dan "perang teknologi" Israel.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.