Israel lancar fasa pertama serangan ke atas Gaza City, kerah 60,000 askar
Anggaran Waktu Membaca:

Kepulan asap kelihatan berikutan serangan Israel ke atas wilayah Palestin pada 20 Ogos 2025. (Gambar: AHMAD GHARABLI / AFP)
GAZA CITY: Tentera Israel berkata ia sudah memulakan "tindakan awal" serangan darat yang dirancang untuk menakluki dan menduduki seluruh Gaza City dan sudahpun menguasai kawasan pinggirannya.
Jurucakap tentera Israel berkata, tentera sudah beroperasi di kawasan Zeitoun dan Jabalia untuk menetapkan asas bagi serangan itu, yang diluluskan oleh Menteri Pertahanan Israel Katz pada Selasa (19 Ogos) dan akan dibentangkan kepada kabinet keselamatan pada lewat minggu ini.
Sekitar 60,000 askar simpanan sedang dikerahkan untuk awal September bagi menyokong kakitangan yang bertugas secara aktif untuk operasi itu, lapor BBC News.
Hamas menuduh Israel menghalang perjanjian gencatan senjata kerana mahu meneruskan "perang kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah", lapor agensi berita Reuters.
Hamas menuduh Israel menghalang perjanjian gencatan senjata yang memihak kepada meneruskan "perang kejam terhadap orang awam yang tidak bersalah", lapor agensi berita Reuters.
Beratus-ratus ribu rakyat Palestin di Gaza City dijangka diarah berpindah dan menuju ke tempat perlindungan di selatan Gaza sedang persiapan untuk pelan Israel itu dijalankan.
Ramai sekutu Israel telah mengecam rancangan tersebut, dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron memberi amaran pada Rabu (20 Ogos) bahawa ia "hanya akan membawa kepada bencana terhadap kedua-dua rakyat Palestin dan Israel dan berisiko menjerumuskan seluruh wilayah itu ke dalam kitaran perang yang tiada penghujungnya".
Sementara itu, Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) menyatakan, pemindahan lanjut dan permusuhan yang semakin sengit "berisiko memburukkan lagi keadaan yang sudah menjadi bencana" bagi 2.1 juta penduduk Gaza.
Pemerintah Israel mengumumkan hasratnya untuk menakluki seluruh Carikan Gaza selepas rundingan tidak langsung dengan Hamas mengenai gencatan senjata dan perjanjian pembebasan tebusan menemui jalan buntu pada bulan lalu.
Berucap semasa taklimat di televisyen pada Rabu (20 Ogos), jurucakap Angkatan Pertahanan Israel (IDF) Brigedier Jeneral Effie Defrin berkata Hamas "semakin lemah" selepas 22 bulan berperang.
“Kami akan memperhebat serangan ke atas Hamas di Gaza City, kubu kuat bagi pertubuhan pengganas itu,” tambahnya. "Kami akan meneruskan serangan ke atas infrastruktur mereka di atas dan bawah tanah dan memutuskan pergantungan penduduk kepada Hamas."
Encik Defrin menegaskan bahawa IDF "tidak akan menunggu" untuk memulakan operasi.
"Kami telah memulakan tindakan awal, dan kini, tentera IDF sudahkan ditempatkan di pinggir Gaza City."
Dua briged beroperasi di kawasan kejiranan Zeitoun, di mana sejak kebelakangan ini tentera Israel mendakwa bahawa ia telah menemui terowong bawah tanah yang mengandungi senjata, dan briged ketiga beroperasi di kawasan Jabalia, tambahnya.
Bagi "meminimumkan bahaya kepada orang awam," katanya, penduduk awam Gaza City akan diberi amaran untuk berpindah demi keselamatan mereka.

Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.