Skip to main content

Dunia

Israel lancar beberapa siri serangan terhadap Beirut

Israel melancarkan beberapa siri serangan ke atas Beirut pada Rabu (8 Apr), iaitu serangan paling dahsyat terhadap ibu kota Lubnan itu sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel lancar beberapa siri serangan terhadap Beirut

Asap berkepulan menyusuli serangan udara Israel di pinggir bandar selatan Beirut pada 8 Apr 2026. (Foto: AFP/Anwar Amro)

Diterbitkan : 08 Apr 2026 10:22PM Dikemas Kini : 08 Apr 2026 10:24PM
BEIRUT: Israel melancarkan beberapa siri serangan ke atas Beirut pada Rabu (8 Apr), iaitu serangan paling dahsyat terhadap ibu kota Lubnan itu sejak bermulanya konflik Amerika Syarikat-Israel terhadap Iran.

Siaran langsung AFPTV menunjukkan beberapa kepulan asap di Beirut dan kawasan luar bandar, dan para wartawan AFP menyaksikan keadaan huru hara di jalanan.

Serangan itu berlaku sedang Hezbollah, yang mengheret Lubnan ke dalam peperangan itu setelah menyerang Israel pada 2 Mac, mendakwa ia hampir mencapai "kemenangan bersejarah".

Hezbollah bagaimanapun, tidak mengaku bertanggungjawab terhadap sebarang serangan ke atas Israel sejak pukul 1.00 pagi (pukul 6.00 pagi, waktu tempatan Singapura), iaitu sekitar masa gencatan senjata antara Iran dengan Amerika Syarikat dikuatkuasakan.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sebelum ini berkata gencatan senjata itu tidak termasuk pertempuran negaranya dengan Hezbollah.

Israel mengeluarkan arahan pemindahan bagi kawasan seluas lebih 40 kilometer di dalam Lubnan, sambil menyatakan "perang di Lubnan masih berlangsung", sebelum mengulangi seruannya supaya penduduk di selatan luar bandar Beirut meninggalkan kawasan itu.

Ia juga mengeluarkan amaran bagi sebuah bangunan di bandar Tyre, sebelum menyerang bangunan bersebelahannya.

NNA melaporkan beberapa serangan berlaku di selatan Beirut.
Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita