Israel kurangkan kawasan penangkapan ikan Palestin
Israel mengurangkan had penangkapan ikan pesisir pantai yang dikenakan kepada kapal-kapal beroperasi di luar Gaza pada Selasa (30 Apr) ekoran bedilan roket dari wilayah berkenaan oleh kumpulan bersenjata Palestin, kata para pegawai.

Gambar fail nelayan di Gaza (Gambar: AFP)
BAITULMAKDIS: Israel mengurangkan had penangkapan ikan pesisir pantai yang dikenakan kepada kapal-kapal beroperasi di luar Gaza pada Selasa (30 Apr) ekoran bedilan roket dari wilayah berkenaan oleh kumpulan bersenjata Palestin, kata para pegawai.
Beberapa bot nelayan ditembak tentera laut Israel awal Selasa, kata kesatuan nelayan, selepas pihak tentera berkata mereka menceroboh sempadan penangkapan ikan.
Kenyataan kesatuan itu tidak menyebut sebarang kematian.
Nelayan Gaza kini cuma boleh beroperasi tidak lebih enam batu nautika di laut Mediterranean, dikurangkan daripada 15 batu nautika yang dibenarkan Israel sejak 1 April lalu.
Unit Kementerian Pertahanan Israel, COGAT, yang memantau perkara sivil di wilayah Palestin menyatakan had baru itu akan berkuat kuasa ‘sehingga pemberitahuan lanjut’.
Jurucakap COGAT berkata, keputusan diambil menyusuli bedilan roket dari Gaza lewat Isnin (29 Apr).
Sumber tentera berkata, roket dibedil oleh kumpulan bersenjata kedua terbesar di Gaza, Jihad Islam, sekutu Hamas yang memerintah wilayah tersebut.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.