Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel kurang pasti cara terbaik balas serangan Iran: Joe Biden

Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau percaya Israel masih kurang pasti tentang tindakan lanjut terbaik yang perlu diambil ke atas Iran.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel kurang pasti cara terbaik balas serangan Iran: Joe Biden

Presiden Joe Biden. (Gambar fail: AP/Evan Vucci)

Diterbitkan : 05 Oct 2024 09:36AM Dikemas Kini : 05 Oct 2024 03:04PM
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Joe Biden berkata beliau percaya Israel masih kurang pasti tentang tindakan lanjut terbaik yang perlu diambil ke atas Iran.

Beliau juga berpandangan Israel seharusnya memikirkan alternatif lain, dan bukan melancarkan serangan ke atas medan minyak di Iran.

"Israel masih belum memutuskan apa yang mereka akan lakukan dari segi serangan ke atas Iran. Ia masih dibincangkan," kata Presiden Biden kepada wartawan dalam sidang media di Rumah Putih.

"Jika saya berada di tempat mereka, saya akan memikirkan tentang alternatif lain dan bukannya melancarkan serangan ke atas medan minyak," katanya lagi.

Ketegangan antara Iran dengan Israel semakin serius sedang Israel menimbangkan apa yang mahu dilakukan untuk membalas serangan peluru berpandu yang dilancarkan oleh Tehran pada Selasa lalu.

Presiden Biden turut ditanya tentang andaian bahawa tindakan Perdana Menteri Israel sengaja tidak berunding secara diplomatik adalah satu taktik untuk mempengaruhi pilihan raya Amerika pada 5 Nov.

Mantan Presiden Donald Trump dan Naib Presiden Demokrat Kamala Harris akan bersaing dalam pilihan raya itu.

"Saya tidak tahu sama ada beliau cuba mempengaruhi pilihan raya itu, tetapi saya tidak melihatnya sebagai satu kemungkinan yang akan menjadi faktor besar," kata Presiden Biden.

"Tidak ada pentadbiran yang telah menghulurkan sebanyak mungkin bantuan kepada Israel seperti yang telah saya lakukan."
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan