Skip to main content

Dunia

Israel kenal pasti mayat tebusan baharu; lagi 5 belum diserahkan

Anggaran Waktu Membaca:
Israel kenal pasti mayat tebusan baharu; lagi 5 belum diserahkan

Palang Merah membawa mayat seorang yang dipercayai tebusan yang telah meninggal dunia yang diserahkan oleh Palestin, 7 November 2025. (Gambar: AP/Abdel Kareem Hana)

New: You can now listen to articles.

This audio is generated by an AI tool.

Diterbitkan : 09 Nov 2025 08:20AM Dikemas Kini : 09 Nov 2025 08:21AM
BAITULMAKDIS: Israel pada Sabtu (8 Nov) mengenal pasti mayat tebusan terbaharu yang diserahkan dari Gaza oleh kumpulan Hamas.

Ini menjadikan hanya lagi lima mayat yang belum diserahkan di bawah pelan gencatan senjata Amerika Syarikat, yang menamatkan perang selama dua tahun itu.

Tentera Israel mengenal pasti mayat yang diserahkan pada Jumaat sebagai pemandu ambulans sukarelawan Lior Rudaeff, yang terbunuh dalam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023.

Encik Rudaeff, warga Israel-Argentina berusia 61 tahun ketika serangan berlaku, merupakan seorang daripada lima orang awam bersenjata yang terbunuh semasa cuba mempertahankan kibbutz (masyarakat penempatan) Nir Yitzhak.

Kematian beliau disahkan oleh pihak berkuasa Israel pada Mei 2024, dan namanya disenaraikan antara 20 tebusan hidup dan 28 tebusan yang telah meninggal dunia, yang dipersetujui oleh Hamas untuk diserahkan di bawah syarat gencatan senjata pada Oktober.

Lagi lima mayat masih belum diserahkan.

Empat yang ditahan dalam serangan 7 Oktober terdiri daripada tiga warga Israel dan seorang warga Thailand, serta mayat seorang askar yang terbunuh dalam pertempuran pada 2014 semasa konflik Gaza sebelum ini.

Forum Tebusan dan Keluarga Hilang, kumpulan kempen yang mewakili keluarga Israel dalam krisis ini, mengalu-alukan 'kepulangan' Encik Rudaeff.

Fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza, yang diusahakan bulan lalu oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, membuka jalan kepada pertukaran tebusan dan tahanan.
Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita