Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel, Hezbollah perhebat serangan balas meski EU gesa laksanakan gencatan senjata

Israel menyerang kubu kuat Hezbollah di bahagian selatan Beirut pada Ahad (24 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Israel, Hezbollah perhebat serangan balas meski EU gesa laksanakan gencatan senjata

(Gambar: AP)

Diterbitkan : 25 Nov 2024 07:45AM Dikemas Kini : 25 Nov 2024 07:46AM
BEIRUT: Israel menyerang kubu kuat Hezbollah di bahagian selatan Beirut pada Ahad (24 Nov).

Ini berlaku sedang media tempatan di Lubnan melaporkan berlaku pertempuran hebat di kawasan sempadan, dengan tentera Israel menyatakan sekitar 250 peluru berpandu dilancarkan ke arah wilayahnya.

Serangan balas itu tetap berlaku walaupun ahli diplomat utama Kesatuan Eropah Josep Borrell yang sedang melakukan lawatan ke Lubnan, menggesa agar gencatan senjata segera dilaksanakan oleh Israel dengan Hezbollah.

Menurut tentera Israel, Hezbollah melancarkan sekitar 250 peluru berpandu ke arah Israel pada siang hari, iaitu salah satu daripada perangkaan harian tertinggi dalam perang tersebut.

Pada 24 September lalu, sebanyak 350 peluru berpandu dilancarkan dari Lubnan, menurut tentera Israel.

Serangan itu berlaku sehari selepas Israel memperhebatkan serangan udara terhadap Hezbollah, sekali gus mencetuskan perang besar-besaran daripada setakat pertempuran antara kedua-dua pihak sebelum ini.

Beberapa roket yang dilancarkan Hezbollah pada Ahad dapat dipintas oleh tentera udara Israel, namun ada yang dapat menimpakan kerosakan terhadap beberapa rumah di bahagian tengah Israel, demikian menurut gambar-gambar oleh AFP.
Sumber : AP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan