Israel halang penduduk Palestin solat tarawih di Masijd Al-Aqsa
Anggaran Waktu Membaca:
Masjid Al-Aqsa. (Gambar: Wikimedia Commons)
BAITULMAKDIS: Pihak berkuasa Israel menggunakan kekerasan melampau ke atas ratusan penduduk Palestin yang mahu memasuki pekarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmakdis untuk menunaikan solat tarawih pada Ahad (10 Mac) malam.
Agensi berita Wafa memetik kenyataan saksi melaporkan Israel bertindak menghalang para jemaah di pintu masuk al-Aqsa hingga mencetuskan insiden pertempuran, lapor Sinar Harian.
Rakaman video yang menjadi tular menunjukkan anggota keselamatan Israel turut memukul penduduk Palestin dengan belantan ketika mengusir mereka.
Di bawah sekatan baharu itu, hanya wanita berusia 40 tahun ke atas dibenarkan untuk mengerjakan solat tarawih manakala larangan dikenakan ke atas lelaki muda Palestin.
Sebagai respons terhadap insiden keganasan terbaharu itu, kumpulan Jihad Islam dengan tegas mengeluarkan amaran Israel sengaja 'bermain dengan api'.
“Kami tidak akan berdiam diri dengan sekatan ketat tersebut,” ujarnya.
Pada akhir bulan lalu, Hamas yang mentadbir Carikan Gaza memberi peringatan jelas tentang konflik baharu jika rejim Tel Aviv meneruskan rancangan jahat dengan menghalang kemasukan penduduk Palestin ke al-Aqsa sepanjang Ramadan.

Sumber : Agensi berita/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.