Israel gugur risalah gambar jasad Sinwar dan amaran kepada Hamas
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Omar AL-QATTAA)
CARIKAN GAZA: Pesawat-pesawat Israel menggugurkan risalah di selatan Gaza pada Sabtu (19 Okt) yang menunjukkan gambar jasad ketua Hamas yang maut, Yahya Sinwar dengan mesej bahawa "Hamas tidak akan memerintah Gaza lagi", mengulangi amaran Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu.
Sekurang-kurangnya 73 rakyat Palestin, termasuk ramai wanita dan kanak-kanak, terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera dalam serangan Israel pada Sabtu (19 Okt) yang memusnahkan sejumlah rumah di bandar Beit Lahiya di utara Carikan Gaza, menurut media Hamas.
“Sesiapa yang melepaskan senjata dan menyerahkan tebusan akan dibenarkan hidup dengan aman,” menurut risalah itu, yang ditulis dalam bahasa Arab kepada penduduk di bandar Khan Younis sedang imej-imej disebarkan online.
Kandungan risalah itu adalah daripada kenyataan Encik Netanyahu pada Khamis selepas Encik Sinwar dibunuh oleh tentera Israel pada Rabu yang beroperasi di Rafah, di bahagian selatan Gaza berhampiran sempadan dengan Mesir.
Serangan 7 Okt yang dirancang oleh Encik Sinwar ke atas masyarakat Israel setahun lalu membunuh kira-kira 1,200 orang, dengan 253 lagi ditahan di Gaza sebagai tebusan, menurut pengiraan Israel.
Serangan balas Israel selepas itu telah memusnahkan Gaza, membunuh lebih 42,500 rakyat Palestin, dengan 10,000 lagi yang dipercayai terkorban di bawah runtuhan bangunan, kata pihak berkuasa kesihatan Gaza.
Di kem Al-Maghzai di tengah Carikan Gaza, serangan Israel ke atas sebuah rumah mengorbankan 11 orang, manakala satu lagi serangan di kem Nuseirat yang terletak berhampiran membunuh empat yang lain.
Lagi lima orang terbunuh dalam dua serangan berasingan di bandar selatan Gaza, iaitu Khan Younis dan Rafah, kata pegawai perubatan, manakala tujuh rakyat Palestin terbunuh di kem Shati di utara Carikan Gaza.
Lewat Jumaat, para pegawai perubatan berkata 33 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, terbunuh dan 85 yang lain cedera dalam serangan Israel yang memusnahkan sekurang-kurangnya tiga rumah di Jabalia.
Tentera Israel bagaimanapun mendakwa bahawa ia tidak tahu-menahu tentang kejadian itu.
Israel sebaliknya menyatakan bahawa tenteranya akan meneruskan operasi terhadap Hamas di seluruh kawasan itu, membunuh beberapa lelaki bersenjata di Rafah dan Jabalia dan memusnahkan infrastruktur tentera Hamas. Pakar perubatan Palestin berkata lima orang terbunuh di Jabalia pada Sabtu.
PERINTAH BERPINDAH
Para penduduk dan pegawai perubatan berkata tentera Israel telah mengetatkan pengepungan di Jabalia, yang terbesar daripada lapan kem bersejarah di kawasan itu, yang dikepungnya dengan turut mengerahkan kereta kebal ke bandar berdekatan Beit Hanoun dan Beit Lahiya serta mengeluarkan arahan kepada para penduduk supaya meninggalkan kawasan itu.
Para pegawai Israel berkata arahan itu bertujuan untuk memisahkan anggota Hamas daripada orang awam dan menafikan bahawa terdapat sebarang rancangan sistematik untuk menghapuskan orang awam daripada Jabalia atau kawasan utara yang lain.
Penduduk dan pegawai perubatan berkata tentera Israel mengebom rumah dan mengepung hospital, selain menghalang bekalan perubatan dan makanan daripada masuk ke kawasan itu bagi memaksa mereka supaya meninggalkan kem berkenaan.
Para pegawai kesihatan di Gaza berkata mereka menolak arahan tentera Israel untuk mengosongkan hospital atau meninggalkan pesakit, kebanyakannya dalam keadaan kritikal, tanpa sebarang pengawasan.
"Israel sedang mempergiatkan sasaran sistem kesihatan di utara Carikan Gaza, dengan mengepung dan secara langsung menyasarkan Hospital Indonesia, Hospital Kamal Adwan, dan Hospital Al-Awda sejak beberapa jam yang lalu dan desakan untuk menamatkan operasi hospital tersebut, "kata Kementerian Kesihatan Gaza.
Dua pesakit dalam rawatan rapi di Hospital Indonesia meninggal dunia "akibat pengepungan hospital dan gangguan bekalan elektrik serta bekalan perubatan".
Tentera Israel berkata para askar yang beroperasi di kawasan itu telah "diberi taklimat tentang kepentingan mengurangkan bahaya kepada orang awam dan infrastruktur perubatan".
"Adalah ditegaskan bahawa hospital itu terus beroperasi tanpa gangguan dan dalam kapasiti penuh, dan tiada kebakaran yang disengajakan diarahkan ke atasnya," katanya.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.