Israel fokus lucutkan senjata Hamas & pastikan Gaza tidak lagi ada kekuatan tentera: Netanyahu
Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata pada Selasa (27 Jan) bahawa Israel akan mengubah fokus mereka untuk melucutkan senjata Hamas dan menghapuskan kekuatan tentera di Gaza selepas tebusan terakhir pulang dari wilayah Palestin tersebut.
Anggaran Waktu Membaca:
PM Israel Benjamin Netanyahu di Pejabat Perdana Menteri di Baitulmakdis pada 15 Sep 2025. (Gambar fail: Reuters/Nathan Howard)
BAITULMAKDIS: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata pada Selasa (27 Jan) bahawa Israel akan mengubah fokus mereka untuk melucutkan senjata Hamas dan menghapuskan kekuatan tentera di Gaza selepas tebusan terakhir pulang dari wilayah Palestin tersebut.
Beliau juga menegaskan bahawa tiada sebarang kerja pembangunan semula akan dilakukan di Gaza sehinggalah kedua-dua misi tersebut berjaya diselesaikan.
Encik Netanyahu juga berikrar untuk menghalang pembangunan wilayah Palestin, Gaza, sambil menegaskan Israel akan mengekalkan kawalan keselamatan ke atas kedua-dua Gaza dan Tebing Barat yang ditakluki, walaupun terdapat pengiktirafan antarabangsa yang semakin meluas terhadap penubuhan negara Palestin.
Pelan gencatan senjata di Gaza yang dibiayai Amerika Syarikat, yang berkuat kuasa sejak 10 Oktober, menyatakan semua tebusan yang ditahan di wilayah itu harus dipulangkan di bawah fasa pertama gencatan senjata tersebut, sebelum pelaksanaan pelucutan senjata Hamas dalam fasa kedua.
"Kini kami beri tumpuan untuk menyelesaikan dua tugas yang tinggal: melucutkan senjata Hamas dan memusnahkan senjata dan terowong di Gaza," kata Encik Netanyahu dalam satu sidang media yang disiarkan di televisyen.
"Ia akan dilaksanakan mengikut cara mudah atau mengikut cara sukar. Tetapi dalam apa-apa kes sekalipun ia akan berlaku.
"Saya dengar ada dakwaan sekarang bahawa pembangunan semula Gaza akan dibenarkan sebelum senjata mereka dilucutkan - perkara ini tidak akan berlaku," kata Encik Netanyahu.
Hamas menculik 251 tebusan semasa serangan pada 7 Oktober 2023 terhadap Israel yang mencetuskan perang Gaza.
Tentera Israel pada Isnin membawa pulang jenazah tebusan terakhir, Ran Gvili.
Walaupun Hamas menyatakan kepulangan mayat Gvili menunjukkan komitmennya terhadap perjanjian gencatan senjata, ia sejauh ini belum menyerahkan senjatanya.

Sumber : Reuters/HA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.