Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel dijangka luluskan 2,000 petempatan baru di Tebing Barat

Israel akan memberi kelulusan kepada pembinaan 2,000 rumah baru yang akan ditempatkan di Tebing Barat yang dicerobohi, menurut sumber pertahanan pada Khamis (12 Ogos). 

Anggaran Waktu Membaca:
Israel dijangka luluskan 2,000 petempatan baru di Tebing Barat

Petempatan Israel, Psagot, menunjukkan sebahagian pemandangan bandar Tebing Barat Palestin, Ramallah. (Gambar: Emmanuel DUNAND/AFP)

Diterbitkan : 13 Aug 2021 08:39AM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 08:40AM

BAITULMAKDIS: Israel akan memberi kelulusan kepada pembinaan 2,000 rumah baru yang akan ditempatkan di Tebing Barat yang dicerobohi, menurut sumber pertahanan pada Khamis (12 Ogos).

Ia dilaksanakan walaupun mendapat tentangan daripada sejumlah anggota dalam kalangan parti gabungan yang memerintah negara itu.

Warga Palestin dengan pantas mengutuk rancangan untuk memperluaskan kawasan petempatan terbaru itu, yang pertama bagi pentadbiran Perdana Menteri Naftali Bennett.

Sumber keselamatan memberitahu AFP kebenaran bagi petempatan itu dibuat seiring dengan kelulusan bagi ratusan rumah warga Palestin di kawasan besar di Tebing Barat, yang dikenali sebagai Kawasan C, di mana Israel mempunyai kawalan ketenteraan dan perancangan.

"Terdapat jangkaan untuk meluluskan kira-kira 1,000 unit perumahan untuk rakyat Palestin di Kawasan C pada minggu depan dan 2,000 unit perumahan bagi penduduk Yahudi," kata sumber yang enggan dikenali itu kepada AFP.

Pejabat Presiden Palestin, Mahmud Abbas, mengutuk sekeras-kerasnya petempatan baru itu dengan menyatakan ia bercanggah dengan 'pendirian jelas Amerika Syarikat (AS)' yang dinyatakan Presiden Joe Biden dalam satu panggilan telefon bersama Encik Abbas.

Encik Biden dilaporkan akan bertemu dengan Encik Bennett dalam masa terdekat walaupun pejabatnya tidak menyatakan tarikhnya secara terperinci.

Encik Bennet, bekas pengarah Majlis Yesha yang memperjuangkan kepentingan penduduk Yahudi, berdepan kritikan daripada rakan-rakan anggota dalam pemerintah gabungannya serta juga penyokong petempatan Israel di pihak pembangkang.

Israel merampas Tebing Barat dan timur Baitulmakdis daripada Jordan pada 1967. Sejak itu, hampir 700,000 penduduk Israel berpindah ke sana yang disifatkan sebahagian besar masyarakat antarabangsa sebagai pendudukan haram.

Penduduk Palestin berharap wilayah-wilayah itu akan menjadi sebahagian daripada negara mereka kelak.

Tiga daripada tujuh penggubal undang-udang daripada parti Meretz, menulis kepada Menteri Pertahanan Benny Gantz untuk membantah keputusan yang meluluskan lebih banyak petempatan.

"Petempatan tidak bermoral, petempatan adalah haram, ia membahayakan hubungan kita dengan warga Palestin dan dunia," kata anggota Meretz, Mossi Raz, melalui radio awam. Baliau bagaimanapun tidak pula mengancam akan menarik diri daripada pemerintah campuran itu. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan