Skip to main content

Dunia

Israel didakwa bunuh 15 wartawan sepanjang Ogos 2025

Anggaran Waktu Membaca:
Israel didakwa bunuh 15 wartawan sepanjang Ogos 2025

Solat jenazah selepas beberapa wartawan dibunuh di hopital Khan Younis pada Mei 2025. (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 06 Sep 2025 11:12AM Dikemas Kini : 06 Sep 2025 11:13AM

RAMALLAH: Kesatuan Wartawan Palestin melaporkan tentera Israel membunuh 15 wartawan, termasuk tiga wartawan wanita, sepanjang bulan  Ogos 2025.

Menurut Agensi Berita Palestin (WAFA), Jawatankuasa Kebebasan kesatuan itu merakam sebanyak 86 pelanggaran dan jenayah terhadap wartawan di Tebing Barat dan Carikan Gaza sepanjang bulan tersebut.

Antara wartawan yang terbunuh ialah Marwa Muslim, Mariam Abu Daqqa, dan Islam Abed. 

Sembilan wartawan lagi cedera dengan tahap kecederaan berbeza, termasuk kes yang menyebabkan anggota badan dikudungkan dan kecacatan.

Insiden paling berdarah termasuk pembunuhan enam wartawan berhampiran Hospital Al-Shifa di Gaza pada 10 Ogos, serta pembunuhan lima wartawan dan lagi empat yang cedera di Hospital Nasser di Khan Younis pada 25 Ogos.

Sekurang-kurangnya enam wartawan cedera parah akibat terkena serpihan dan tembakan peluru, dengan sebahagian daripada mereka menjadi cacat. 

Sumber : Bernama/HZ/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita