Skip to main content

Dunia

Israel dedah ia sasar kubu Hezbollah di pinggir bandar selatan Beirut

Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan pada Ahad (14 Jun) bahawa tentera Israel melancarkan serangan terhadap pinggir bandar selatan Beirut yang dikenali sebagai Dahiyeh, manakala media Lubnan melaporkan serangan itu terkena kawasan kejiranan Ghobeiry.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel dedah ia sasar kubu Hezbollah di pinggir bandar selatan Beirut

Orang ramai berkumpul di tapak serangan udara Israel yang menyasarkan sebuah bangunan di selatan pinggir bandar Beirut pada 14 Jun 2026. (Gambar: AFP/Ibrahim Amro)

Diterbitkan : 14 Jun 2026 08:06PM Dikemas Kini : 14 Jun 2026 08:07PM
BAITULMAKDIS: Pejabat Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menyatakan pada Ahad (14 Jun) bahawa tentera Israel melancarkan serangan terhadap pinggir bandar selatan Beirut yang dikenali sebagai Dahiyeh, manakala media Lubnan melaporkan serangan itu terkena kawasan kejiranan Ghobeiry.

Tentera Israel "melancarkan serangan ke atas daerah Dahiyeh di Beirut yang menyasarkan kubu pengganas milik Hezbollah, sebagai respons kepada serangan Hezbollah terhadap wilayah Israel", menurut pejabat Netanyahu dalam satu kenyataan.

Tentera Israel menyatakan ia "menyasarkan secara tepat" sebuah tapak infrastruktur Hezbollah di Dahiyeh.

Agensi berita rasmi Lubnan menyatakan serangan itu terkena Ghobeiry, manakala seorang wartawan AFP melaporkan mendengar bunyi letupan dari pinggir bandar selatan Lubnan itu.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita