Skip to main content

Dunia

Israel dan Syria setuju laksana gencatan senjata, kata Duta Amerika ke Turki

Anggaran Waktu Membaca:
Israel dan Syria setuju laksana gencatan senjata, kata Duta Amerika ke Turki

Asap muncul dari kereta rosak di wilayah Sweida yang sudah seminggu dibelenggu keganasan yang tercetus akibat pertempuran antara pejuang Badwi dan puak Druze di Syria pada 18 Jul 2025. (Gambar: Reuters/Karam al-Masri)

Diterbitkan : 19 Jul 2025 07:15AM Dikemas Kini : 19 Jul 2025 07:17AM
ANKARA: Duta Amerika Syarikat ke Turki, Tom Barrack, pada Jumaat (18 Julai) mengumumkan bahawa Israel dan Syria bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata, dengan sokongan daripada Turki, Jordan dan negara jiran lain.

Pada Rabu lalu, Israel melancarkan serangan udara di Damsyik, dan turut menyerang pasukan pemerintah Syria di bahagian selatan negara itu.

Israel menyatakan bahawa serangan tersebut bertujuan memaksa tentera Syria berundur dan melindungi masyarakat Druze Syria, iaitu satu kumpulan minoriti kecil tetapi berpengaruh, yang juga mempunyai pengikut di Lubnan dan Israel.

“Kami menyeru masyarakat Druze, Badwi, dan Sunni agar meletakkan senjata dan bersama-sama dengan kumpulan minoriti lain membina satu identiti Syria yang baharu dan bersatu,” kata Encik Barrack dalam satu kenyataan di platform X.
Sumber : Reuters/IM/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita