Israel dakwa tidak terlibat agih makanan di Gaza di bawah pelan bantuan Amerika
Anggaran Waktu Membaca:

Rakyat Palestin bergelut untuk mendapatkan makanan di dapur masyarakat di Khan Younis, selatan Carikan Gaza pada 9 Mei, 2025. (Gambar: AP/Abdel Kareem Hana)
BAITULMAKDIS: Israel tidak akan terlibat dalam pengagihan makanan di bawah rancangan yang diterajui oleh Amerika Syarikat untuk Carikan Gaza tetapi akan menyediakan "keselamatan ketenteraan yang diperlukan", kata Duta Amerika ke Israel, Mike Huckabee, pada Jumaat (9 Mei).
Walaupun mengenakan sekatan bantuan selama dua bulan ke atas Gaza, yang dikatakan bertujuan untuk memberi tekanan kepada Hamas, Israel menegaskan bahawa tiada krisis kemanusiaan di wilayah itu.
"Israel akan terlibat dalam menyediakan keselamatan ketenteraan yang diperlukan, kerana ia adalah zon perang, tetapi Israel tidak akan terlibat dalam pengagihan makanan, atau bahkan dalam membawa makanan ke Gaza," kata Encik Huckabee kepada para wartawan di Baitulmakdis.
Inisiatif yang diketuai Amerika, yang Jabatan Negara menyatakan pada Khamis bahawa ia akan diketuai oleh yayasan baharu untuk mengagihkan bantuan, telah mendapat kritikan antarabangsa kerana mengenepikan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan-pertubuhan bantuan sedia ada, dan akan merombak struktur kemanusiaan di Gaza.
Pegawai kanan Hamas, Basem Naim berkata rancangan itu berisiko "menjadikan bantuan sebagai alat ketenteraan".
Encik Huckabee menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, "setiap NGO," dan "setiap pemerintah" untuk mengambil bahagian.
"Kami mempelawa orang ramai yang mengambil berat mengenainya untuk menyertai proses ini," katanya sambil meluahkan harapan agar rancangan itu dapat dilaksanakan dengan "segera".
Beliau bagaimanapun tidak menawarkan jadual waktu untuk operasi bantuan atau sebarang maklumat lanjut mengenai yayasan bukan pemerintah yang akan terlibat sama.
Encik Huckabee berkata terdapat "beberapa rakan kongsi yang telah bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada usaha itu", tanpa menamakan mereka.
Israel mengenakan sekatan ke atas Gaza pada 2 Mac di tengah-tengah kebuntuan dalam rundingan dengan Hamas, dan meneruskan serangan tenteranya pada 18 Mac, menamatkan gencatan senjata selama dua bulan dalam perang yang dicetuskan oleh serangan Hamas ke atas Israel pada Oktober 2023.
Encik Huckabee berkata bahawa di bawah rancangan Amerika, tentera Israel akan menyediakan keselamatan "pada jarak dari tempat pengedaran untuk melindungi mereka daripada perang berterusan", dengan "keselamatan ... di tempat pengedaran yang disediakan oleh pihak kontraktor".
"KRISIS KEMANUSIAAN"
Israel menuduh Hamas melencongkan bantuan yang dihantar ke Gaza. Walaupun Encik Huckabee juga menyalahkan Hamas, beliau berkata terdapat "jelas ... krisis kemanusiaan. Itulah sebabnya kita memerlukan program bantuan kemanusiaan."
Amnesty International menyuarakan kebimbangan mengenai rancangan bantuan itu, sambil menegaskan dalam kenyataannya bahawa "asas yang menyumbang kepada pendudukan haram Israel di wilayah Palestin melanggar undang-undang antarabangsa."
Agensi PBB untuk pelarian Palestin, UNRWA, yang telah dikritik oleh Israel dan Amerika Syarikat, menyatakan bahawa adalah "sangat sukar" untuk membayangkan sebarang operasi menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza tanpa kehadirannya.
"Adalah mustahil untuk menggantikan UNRWA di tempat seperti Gaza. Kami adalah pertubuhan kemanusiaan terbesar," kata jurucakap agensi itu, Juliette Touma, semasa sidang media di Geneva, apabila ditanya mengenai cadangan itu.
Serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober 2023, mengakibatkan kematian 1,218 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan data rasmi.
Daripada 251 orang yang diculik di Israel pada hari itu, 58 masih ditahan di Gaza, termasuk 34 yang diisytiharkan sudah mati oleh tentera Israel. Hamas juga menahan mayat seorang askar Israel yang terbunuh semasa perang sebelumnya di Gaza pada 2014.
Serangan Israel yang dilancarkan sebagai tindak balas terhadap serangan 7 Oktober telah membunuh sekurang-kurangnya 52,787 orang di Gaza, kebanyakannya orang awam, menurut data dari Kementerian Kesihatan Gaza, yang dianggap boleh dipercayai oleh PBB.

Sumber : AFP/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.