Skip to main content

Dunia

Israel dakwa Iran guna bom berangkai dalam serangannya

Iran melancarkan peluru berpandu ke arah Israel pada Khamis (19 Jun) yang menggugurkan bom-bom kecil dengan tujuan membunuh lebih ramai orang awam, dakwa tentera Israel dan kedutaannya di Washingon.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel dakwa Iran guna bom berangkai dalam serangannya

Anggota tentera Israel berjalan berhampiran Pusat Perubatan Soroka di Beersheba, Israel pada 19 Jun 2025. (Gambar: Reuters/Marc Israel Sellem)

Diterbitkan : 20 Jun 2025 09:27AM Dikemas Kini : 20 Jun 2025 09:28AM
REUTERS: Iran melancarkan peluru berpandu ke arah Israel pada Khamis (19 Jun) yang menggugurkan bom-bom kecil dengan tujuan membunuh lebih ramai orang awam, dakwa tentera Israel dan kedutaannya di Washingon.

Ia adalah kali pertama peluru berangkai dilapor digunakan dalam perang yang sudah memasuki hari ketujuh itu.

"Hari ini, Angkatan Bersenjata Republik Islam Iran melancarkan peluru berpandu yang mengandungi bom berangkai terhadap kawasan awam yang padat dengan penduduk di Israel," menurut kedutaan tersebut dalam kiriman emel kepada Reuters yang tidak mengenal pasti kawasan tersebut.

"Senjata berangkai direka supaya ia dapat tersebar di kawasan yang luas dan meningkatkan peluang berlaku serangan berbahaya," menurut emel tersebut.

"Iran, secara menyalahi undang-undang, dengan sengaja menyasarkan pusat-pusat penduduk awam dan berusaha menimbulkan kerosakan maksimum terhadap orang awam dengan menggunakan peluru berangkai."

Misi Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak segera menjawab permohonan untuk memberi komen.

Laporan berita Israel menukil tentera Israel yang menyatakan kepala peledak peluru berpandu itu terbelah pada ketinggian kira-kira tujuh kilometer dan melepaskan kira-kira 20 tembakan dalam radius kira-kira lapan kilometer di bahagian tengah Israel.
Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita