Israel buka semula sempadan Rafah antara Gaza dengan Mesir, tetapi dengan syarat & had tertentu
Anggaran Waktu Membaca:
GAZA: Israel sudah membuka semula sempadan antara Gaza dengan Mesir pada Isnin (2 Feb) untuk laluan pejalan kaki. Langkah itu membolehkan rakyat Palestin meninggalkan kawasan tersebut atau pulang semula selepas melarikan diri daripada peperangan di wilayah itu.
Pembukaan semula lintasan sempadan Rafah ini adalah terhad. Israel menetapkan syarat pemeriksaan keselamatan bagi setiap rakyat Palestin yang masuk dan keluar. Selain itu, Israel dan Mesir dijangka akan mengehadkan jumlah pengembara yang dibenarkan melaluinya.
Israel merampas lintasan sempadan tersebut pada Mei 2024, kira-kira sembilan bulan selepas perang Gaza bermula. Perang tersebut kini berada dalam fasa gencatan senjata sementara hasil usaha Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Oktober lalu. Pembukaan semula Rafah merupakan syarat penting dalam fasa pertama pelan Encik Trump untuk menghentikan pertempuran antara Israel dan pejuang Hamas.
Seorang pegawai keselamatan Israel mengesahkan bahawa pasukan pemantau dari Eropah sudah tiba di sempadan tersebut, yang "kini dibuka untuk pergerakan penduduk, sama ada untuk masuk atau keluar."
WARTAWAN ASING MASIH DILARANG MASUK
Sejak serangan Israel ke atas Gaza bermula, rakyat Palestin secara amnya melarikan diri ke Mesir melalui Rafah. Pegawai Palestin menyatakan kira-kira 100,000 orang sudah melarikan diri sejak perang bermula. Ada yang dibantu oleh kumpulan bantuan, manakala yang lain terpaksa membayar rasuah kepada pihak di Mesir untuk mendapatkan izin keluar.
Penutupan sempadan oleh Israel sebelum ini menyekat laluan penting bagi pesakit dan mangsa yang cedera untuk mendapatkan rawatan di luar Gaza. Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ribuan lagi masih memerlukan rawatan perubatan di luar negara.
Walaupun Rafah dibuka semula, Israel masih enggan membenarkan wartawan asing masuk ke Gaza. Wartawan asing dilarang masuk sejak awal perang, yang sudah memusnahkan sebahagian besar wilayah tersebut.
Kira-kira 2 juta rakyat Palestin di Gaza kini tinggal di dalam khemah sementara dan rumah yang rosak, dikelilingi runtuhan bandar mereka. Mahkamah Agung Israel sedang mempertimbangkan rayuan daripada Persatuan Akhbar Asing (FPA) yang menuntut kebenaran masuk. Pihak pemerintah mendakwa kemasukan wartawan boleh membahayakan tentera Israel dan wartawan itu sendiri, namun FPA menolak alasan tersebut dan menyatakan orang awam berhak mendapat maklumat bebas.
MASA DEPAN GAZA DI BAWAH PELAN TRUMP
Pelan Encik Trump untuk Gaza, yang kini memasuki fasa kedua, merancang agar pentadbiran diserahkan kepada teknokrat Palestin, Hamas melucutkan senjata, dan tentera Israel berundur semasa proses bina semula dijalankan.
Sekalipun demikian, Israel meragui bahawa Hamas akan meletakkan senjata, malah ada pegawai yang menyatakan tentera sedang bersedia untuk kembali berperang. Sejak perjanjian Oktober lalu, serangan Israel di Gaza dilaporkan telah membunuh lebih 500 rakyat Palestin, manakala pasukan Palestin pula membunuh empat tentera Israel.
Pada Sabtu, Israel melancarkan serangan udara paling sengit sejak gencatan senjata bermula, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 orang. Israel mendakwa serangan itu adalah tindak balas terhadap pelanggaran gencatan senjata oleh pihak Hamas pada Jumaat.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.