Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel buka kedutaan baharunya di Bahrain

Anggaran Waktu Membaca:
MANAMA : Israel membuka kedutaan baharunya di Bahrain pada Isnin (4 Sep), beberapa hari sebelum ulang tahun ketiga perjanjian yang ditaja oleh Amerika Syarikat di mana kerajaan itu bersetuju untuk memulihkan hubungan dengan Israel, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Bahrain.

Kedutaan itu secara rasmi dibuka dengan kehadiran Menteri Luar Israel Eli Cohen, agensi berita itu memetik Menteri Luar Bahrain Abdullatif bin Rashid Al Zayani sebagai berkata.

Diplomat tertinggi Bahrain itu berkata "langkah bersejarah tersebut merupakan satu lagi peristiwa penting dalam hubungan antara kedua-dua negara".

Semasa sidang media bersama, pegawai Bahrain itu mengulangi "pendirian tegas kerajaan dalam menyokong mencapai keamanan yang adil, menyeluruh dan mampan yang menjamin hak sah rakyat Palestin", menurut laporan itu.

Kunjungan itu menandakan lawatan pertama Encik Cohen ke salah satu negara yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel di bawah Perjanjian Abraham pada 2020, yang turut termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Maghribi.

Semasa lawatan itu, Encik Cohen dan rakan sejawatannya dari Bahrain membincangkan cara untuk memperluas kerjasama dalam perdagangan, pelaburan, pertukaran teknologi, latihan dan pelancongan, menurut laporan itu.

Dalam pertemuannya dengan Putera Mahkota Bahrain dan Perdana Menteri Salman bin Hamad Al Khalifa di ibu kota Bahrain, Manama pada hari Isnin, Encik Cohen menyatakan hasrat Israel untuk menandatangani perjanjian memulihkan hubungan dengan lebih banyak negara Arab, kata Kementerian Luar Israel.
Sumber : Bernama/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan