Skip to main content

Dunia

Israel berwaspada terhadap kemungkinan campur tangan Amerika Syarikat di Iran

Anggaran Waktu Membaca:
Israel berwaspada terhadap kemungkinan campur tangan Amerika Syarikat di Iran
(Gambar: Reuters/Violeta Santos Moura)
Diterbitkan : 11 Jan 2026 05:56PM Dikemas Kini : 11 Jan 2026 09:46PM
TEL AVIV: Israel kini dalam keadaan berjaga-jaga berhubung kemungkinan campur tangan Amerika Syarikat di Iran.

Ini sedang pihak berkuasa Iran bergelut dengan tunjuk perasaan antipemerintah terbesar dalam masa beberapa tahun, menurut tiga sumber Israel yang berpengetahuan tentang perkara tersebut.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sebelum ini berulang kali mengancam untuk memberi campur tangan dan memberi amaran kepada pemerintah Iran supaya tidak menggunakan kekerasan terhadap penunjuk perasaan.

Pada Sabtu (10 Jan), Encik Trump berkata Amerika Syarikat "bersedia untuk membantu".

Sumber-sumber tersebut, yang hadir dalam rundingan keselamatan Israel pada hujung minggu, tidak menjelaskan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan tahap berjaga-jaga yang dilakukan Israel.

Israel dan Iran sudah berperang selama 12 hari pada Jun tahun lalu.

Dalam satu panggilan telefon pada Sabtu (10 Jan), Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Marco Rubio membincangkan kemungkinan campur tangan Amerika di Iran, menurut sumber Israel yang hadir semasa perbualan tersebut.

Seorang pegawai Amerika Syarikat mengesahkan Encik Netanyahu dan Encik Rubio mengadakan perbincangan, namun tidak mendedahkan topik yang dibincangkan.

Israel tidak menunjukkan keinginan untuk campur tangan di Iran ketika tunjuk perasaan melanda negara itu, dengan ketegangan antara kedua-dua musuh utama itu bertambah runcing disebabkan oleh kebimbangan Israel terhadap program nuklear dan peluru balistik Iran.

Dalam temu bual dengan Economist yang diterbitkan pada Jumaat (9 Jan), Encik Netanyahu berkata akan ada kesan akibat buruk bagi Iran jika negara itu menyerang Israel.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita