Israel beri status sah kepada 19 penempatan di Tebing Barat, lapor media
Kabinet Israel memutuskan untuk memberi status sah kepada 19 penempatan di Tebing Barat yang diduduki, termasuk dua yang dikosongkan 20 tahun lalu di bawah satu rancangan pengunduran yang bertujuan meningkatkan keselamatan dan ekonomi negara itu, lapor media Israel.
Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Kabinet Israel memutuskan untuk memberi status sah kepada 19 penempatan di Tebing Barat yang diduduki, termasuk dua yang dikosongkan 20 tahun lalu di bawah satu rancangan pengunduran yang bertujuan meningkatkan keselamatan dan ekonomi negara itu, lapor media Israel.
Pihak Berkuasa Palestin pada Jumaat (12 Dis) mengecam langkah tersebut, yang diumumkan lewat Khamis.
Sebahagian daripada penempatan itu baru ditubuhkan, manakala yang lain merupakan penempatan lama, menurut media Israel.
Langkah memberi status sah kepada penempatan di Tebing Barat — wilayah yang dituntut rakyat Palestin bagi sebuah negara pada masa depan — dicadangkan oleh Menteri Kewangan berhaluan kanan, Bezalel Smotrich, dan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz.
Kebanyakan kuasa dunia menganggap penempatan Israel di tanah yang dirampas dalam perang 1967 sebagai tidak sah di sisi undang-undang. Banyak ketetapan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut menyeru Israel supaya menghentikan semua aktiviti-aktiviti penempatannya.
Israel mempertikaikan pandangan tersebut, dengan menyatakan bahawa ia mempunyai ikatan sejarah dan keagamaan dengan tanah berkenaan.
Pembinaan penempatan — termasuk beberapa yang dibina tanpa
kebenaran rasmi Israel — meningkat di bawah gabungan pemerintah Israel yang berhaluan kanan kuat, sekali gus memisahkan Tebing Barat dan memutuskan hubungan antara bandar-bandar dan pekan Palestin.
Sembilan belas penempatan itu termasuk dua yang ditinggalkan Israel pada 2005, yang dikosongkan di bawah rancangan pengunduran yang dipantau mantan Perdana Menteri Ariel Sharon, yang memberi tumpuan terutamanya kepada Gaza.
Di bawah rancangan tersebut, yang ditentang pergerakan peneroka pada ketika itu, kesemua 21 penempatan Israel di Gaza diarahkan untuk dikosongkan. Kebanyakan penempatan di Tebing Barat tidak terjejas.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, menteri Pihak Berkuasa Palestin, Mu’ayyad Sha’ban, menyifatkan pengumuman itu sebagai satu lagi langkah untuk menghapuskan geografi Palestin.
Encik Sha’ban berkata keputusan tersebut menimbulkan kebimbangan serius terhadap masa depan Tebing Barat.
Tempat kediaman bagi 2.7 juta rakyat Palestin, Tebing Barat yang diduduki Israel sudah lama menjadi teras rancangan bagi penubuhan sebuah negara Palestin pada masa depan yang wujud di samping Israel.
Serangan warga Israel yang menduduki Tebing Barat terhadap rakyat Palestin mencapai paras tertinggi yang pernah direkodkan pada Oktober, dengan sekurang-kurangnya 264 serangan dilakukan, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Sumber : Reuters/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.