Skip to main content

Dunia

Israel beri amaran akan sasar pemimpin kanan Houthi jika serangan diteruskan

Anggaran Waktu Membaca:
Israel beri amaran akan sasar pemimpin kanan Houthi jika serangan diteruskan

Penyokong Houthi laung cogan kata semasa tunjuk perasaan di Sanaa, Yaman.(Gambar: AP/Osamah Abdulrahman)

Diterbitkan : 17 May 2025 07:24AM Dikemas Kini : 17 May 2025 07:25AM
ADEN: Israel menyerang pelabuhan Yaman di Hodeidah dan Salif pada Jumaat (16 Mei), meneruskan kempennya untuk melemahkan keupayaan tentera Houthi.

Ia juga memberi amaran akan menyasarkan pemimpin kanan Houthi jika kumpulan itu masih meneruskan serangan terhadap Israel.

Houthi telah melancarkan serangan peluru berpandu terhadap Israel dalam apa yang mereka sifatkan sebagai tanda perpaduan dengan penduduk Palestin di Gaza.

Ini meskipun mereka telah bersetuju untuk henti menyerang kapal-kapal Amerika.

Sebagai respons, Israel melancarkan serangan tindak balas, termasuk satu serangan pada 6 Mei lalu yang menyebabkan kerosakan terhadap lapangan terbang utama Yaman di Sanaa dan mengorbankan beberapa orang.

Pada Jumaat, tentera Israel menyatakan ia telah menggugurkan 30 peluru berpandu ke atas sasaran Houthi dalam serangannya yang ke-8 ke atas kumpulan itu.

Israel juga menyatakan pelabuhan Hodeidah dan Salif digunakan sebagai tempat untuk memindahkan senjata, sambil mengeluarkan amaran kepada para penduduk kawasan itu supaya berpindah.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan Israel Katz menyatakan dalam satu kenyataan bersama bahawa mereka akan memburu pemimpin kanan Houthi, Abdul Malik al-Houthi.

"Jika Houthi teruskan dengan serangan peluru berpandu terhadap Israel, mereka akan diserang lebih teruk, dan kami juga akan mencederakan pemimpin mereka," katanya, sambil menambah al-Houthi boleh dimasukkan dalam senarai anggota militan yang dibunuh oleh Israel, seperti ketua Hamas Yahya Sinwar dan ketua Hezbollah Hassan Nasrallah.
Sumber : BERITA Mediacorp/HA/ay
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita