Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel benarkan penduduk Palestin masuk tanah lapang luar Baitulmakdis

Israel benarkan penduduk Palestin masuk tanah lapang luar Baitulmakdis.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel benarkan penduduk Palestin masuk tanah lapang luar Baitulmakdis

Gambar fail pekarangan Masjid Al-Aqsa dipetik pada Mac 2019 (Gambar: Ahmad Gharabli/AFP)

Diterbitkan : 26 Apr 2021 06:08PM Dikemas Kini : 26 Apr 2021 06:11PM

BAITULMAKDIS: Pihak berkuasa Israel akhirnya membenarkan para penduduk Palestin memasuki kawasan lapang di luar bandar lama itu, selepas menutupnya sejak Khamis lalu (22 Apr).

Orang ramai bersorak meraikan langkah Israel mengeluarkan hadangan di kawasan itu, tempat tradisional para penduduk Islam berkumpul selepas solat tarawih setiap malam bulan Ramadan.

Ia juga diharap dapat mengendurkan ketegangan antara polis Israel dengan para penduduk Palestin yang membantah langkah menyekat kemasukan mereka ke Pintu gerbang Damsyik, di luar Masjid Al Aqsa.

Keganasan memuncak minggu lalu dengan 100 orang dilaporkan cedera akibat pertempuran dengan polis Israel.

Sebagai tindak balas, kumpulan militan di Gaza turut melancarkan beberapa roket ke arah Israel, Jumaat lalu.

Namun semua roket itu berjaya dipintas.

Langkah membuka semula kawasan di luar kota lama Baitulmakdis itu, juga diharap akan membantu para pemilik kedai di dalam kota lama tersebut.

Sumber : Agensi berita/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan