Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel bedil Gaza tindak balas belon api

Tentera Israel melancarkan serangan udara di Gaza pada Isnin (6 Sep) malam, dengan mendakwa sebagai tindak balas terhadap belon-belon api yang dilancarkan dari kawasan Palestin itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel bedil Gaza tindak balas belon api

Serang udara di Khan Yunis di Semenanjung Gaza. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 07 Sep 2021 10:31AM Dikemas Kini : 07 Sep 2021 10:34AM

BANDAR GAZA: Tentera Israel melancarkan serangan udara di Gaza pada Isnin (6 Sep) malam, dengan mendakwa sebagai tindak balas terhadap belon-belon api yang dilancarkan dari kawasan Palestin itu.

Sambil menuduh Hamas atas pelancaran belon-belon itu, tentera Israel menyatakan ia menyasarkan kemudahan milik kumpulan itu yang menguasai Carikan Gaza.

"Semalaman, jet-jet pejuang IDF menyerang sebuah bengkel membuat roket Hamas serta kubu-kubu tentera Hamas di Khan Yunis," menurut tentera Israel dalam satu kenyataan.

"Serangan-serangan itu adalah sebagai tindak balas terhadap pelancaran belon-belon api oleh Hamas ke kawasan Israel," tambah kenyataan itu.

Para saksi juga berkata tentera Israel menembak meriam ke arah bahagian utara Gaza.

Menurut sumber-sumber perubatan di kawasan Palestin itu, tiada orang terbunuh.

Pada siang hari, anggota bomba Israel berkata belon-belon api itu menyebabkan tiga kebakaran belukar di tapak-tapak berdekatan Carikan Gaza.

Serangan udara pada Isnin itu berlaku selepas enam penduduk Palestin lolos dari penjara Israel pada siang hari menerusi sebuah terowong, membawa kepada usaha memburu secara besar-besaran.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan