Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Israel bedil Gaza sebagai tindak balas serangan roket, kata tentera

Israel melancarkan serangan udara ke atas Carikan Gaza pada Ahad (12 Sep) sebagai tindak balas terhadap bedilan roket Palestin ke dalam kawasannya, menurut tentera Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel bedil Gaza sebagai tindak balas serangan roket, kata tentera

Sistem pertahanan 'Iron Dome' Israel pintas bedilan roket dari Carikan Gaza pada 11 Sep 2021 (Gambar: REUTERS/Amir Cohen)

Diterbitkan : 12 Sep 2021 04:28PM Dikemas Kini : 12 Sep 2021 04:33PM

BAITULMAKDIS: Israel melancarkan serangan udara ke atas Carikan Gaza pada Ahad (12 Sep) sebagai tindak balas terhadap bedilan roket Palestin ke dalam kawasannya, menurut tentera Israel.

Ketegangan antara Israel dengan Palestin semakin memuncak sejak seminggu lalu, setelah enam tahanan Palestin meloloskan diri dari penjara tahap keselamatan maksimum Israel pada Isnin. Pasukan Israel sejak itu sudah menangkap empat tahanan tersebut.

Kumpulan di Gaza melancarkan roket ke arah Israel pada Jumaat setelah dua banduan itu ditangkap, dan sekali lagi pada Sabtu setelah lagi dua tahanan yang terlepas itu diberkas.

Tentera Israel menyatakan ia menyerang sasaran milik Hamas, kumpulan yang mentadbir Gaza. Tiada mangsa dilaporkan.

Satu gencatan senjata yang rapuh antara Israel dengan Hamas menamatkan pertempuran sengit 11 hari pada Mei yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 250 rakyat Palestin dan lagi 13 di Israel.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan