Israel bedil Baalbek, sedang Amerika teruskan usaha capai gencatan senjata di Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:
BEIRUT: Para pengantara dari Amerika sedang mengusahakan saranan untuk menghentikan konflik antara Israel dan Hezbollah, bermula dengan gencatan senjata selama 60 hari, menurut dua sumber pada Rabu (30 Okt), sedang Israel meneruskan serangannya ke atas bandar bersejarah Baalbek di Lubnan.
Sumber itu, seorang yang diberi taklimat mengenai rundingan tersebut dan seorang diplomat kanan yang bekerja di Lubnan, memberitahu Reuters bahawa tempoh selama dua bulan itu akan digunakan untuk memuktamadkan pelaksanaan penuh Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1701, yang diterima pakai pada 2006 untuk memastikan selatan Lubnan bebas daripada senjata.
Rumah Putih menyatakan bahawa para pegawainya, Brett McGurk dan Amos Hochstein, akan melawat Israel pada Khamis (31 Okt).
Seorang pegawai Amerika berkata bahawa mereka berdua akan berada di sana untuk membincangkan pelbagai isu "termasuk Gaza, Lubnan, tebusan, Iran dan hal ehwal serantau yang lebih luas".
Pemimpin baharu Hezbollah, Naim Qassem berkata, kumpulan bersenjata yang disokong Iran itu akan bersetuju dengan gencatan senjata mengikut syarat-syarat tertentu jika Israel mahu menghentikan perang, tetapi Israel setakat ini tidak bersetuju dengan sebarang saranan yang diusulkan.
Ia merupakan ucapan pertama Qassem sebagai setiausaha agung Hamas, sehari selepas Hezbollah mengumumkan pemilihannya bagi jawatan itu selepas Israel membunuh pemimpin lama kumpulan itu, Hassan Nasrallah.
Usaha gencatan senjata terbaharu diumumkan sedang operasi tentera Israel terhadap Hezbollah di Lubnan diperluaskan.
Tentera Israel melancarkan serangan udara pada Rabu (30 Okt) ke atas bandar Baalbek, yang terkenal dengan kuil Romnya, dan kampung-kampung berhampiran, dedah sumber keselamatan kepada Reuters, berikutan perintah yang dikeluarkan Israel bagi menggesa para penduduk supaya meninggalkan kawasan-kawasan tersebut.
Berpuluh-puluh ribu penduduk Lubnan yang kebanyakannya dari golongan Syiah, termasuk ramai dari kawasan-kawasan lain yang telah mencari perlindungan di Baalbek, melarikan diri selepas amaran dikeluarkan.
Bilal Raad, ketua pertahanan awam wilayah tersebut di Lubnan, berkata sebahagian besar pasukan sukarelawan telah menggesa para penduduk untuk meninggalkan wilayah tersebut selepas menerima panggilan telefon daripada seseorang yang mendakwa sebagai wakil tentera Israel.

Sumber : Reuters/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.