Skip to main content

Dunia

Israel arah bekalan air dihentikan "serta merta" & "kepungan sepenuhnya" ke atas Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
BAITULMAKDIS: Pihak berkuasa Israel mengarahkan pemotongan segera bekalan air yang dikirimkan ke Gaza dihentikan "serta merta", menurut Menteri Daya Tenaga Israel, sedang tentera menjalankan serangan udara ke atas Palestin.

Menteri Daya Tenaga Israel Katz telah mengarahkan "untuk segera memotong bekalan air ke Gaza", kata jurucakapnya menerusi satu kenyataan.

Arahan Encik Katz itu dibuat sejurus selepas Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant mengarahkan "kepungan sepenuhnya" ke atas Gaza, yang menerima kira-kira 10 peratus bekalan air tahunannya dari Israel.

Menurut Encik Gallant "tiada bekalan elektrik, tiada makanan, tiada air, tiada gas...semuanya ditutup".

Buat hari ketiga berturut-turut, Hamas terus melancarkan roket dari Gaza ke atas ibu kota Tel Aviv.

Ini dibalas oleh Israel dengan serangan udara
Israel.

Dalam kenyataannya, Tentera Udara Israel menjatuhkan lebih 1,000 bom ke atas lebih 8,000 sasaran di Gaza dalam tempoh 20 jam yang lalu.

Sejauh ini lebih 560 warga Palestin telah terbunuh dengan 700 warga Israel turut terkorban.

Hamas juga mendakwa serangan udara Israel ke atas Gaza turut menragut nyawa empat tahanan warga Israel yang dibawa ke Gaza.

AFP bagaimanapun tidak dapat mengesahkan dakwaan Hamas itu.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita