Skip to main content

Dunia

Israel ancam mahu bom lori bantuan dari Mesir yang menuju ke Gaza

Anggaran Waktu Membaca:
 Israel ancam mahu bom lori bantuan dari Mesir yang menuju ke Gaza

Lori-lori yang dilaporkan terpaksa berpatah balik, 10 Okt 2023. (Gambar: Sinai for Human Rights/X)

Diterbitkan : 11 Oct 2023 09:26AM Dikemas Kini : 11 Oct 2023 11:03AM
MESIR: Lori-lori dari Mesir yang membawa bekalan barangan bantuan penting untuk para penduduk di Carikan Gaza terpaksa berpatah balik.

Ini setelah Israel memberi amaran kepada Kaherah bahawa lori-lori tersebut akan dibom sekiranya ia memasuki kawasan Carikan Gaza, demikian menurut catatan badan hak asasi kemanusiaan Sinai for Human Rights menerusi platform X pada Selasa (10 Okt).
Badan itu menyatakan ia menerima "rakaman eksklusif yang mengesahkan sekatan ke atas lori-lori bahan api dan bantuan kemanusiaan yang dihantar Mesir daripada memasuki Rafah untuk menyeberangi sempadan setelah Israel mengeluarkan amaran kepada pihak berkuasa Mesir bahawa sekiranya ia membawa masuk bekalan barangan bantuan ke Carikan Gaza, lori-lori tersebut akan dibom."

Saluran televisyen Israel Channel 12 juga melaporkan bahawa pemerintahnya sudah "menghantar mesej kepada Mesir hari ini (10 Okt)" mengenai penghantaran bekalan bantuan, lapor laman Middle East Monitor.

Ini berlaku sehari selepas Menteri Pertahanan Israel Yaov Gallant mengarahkan sekatan sepenuhnya ke atas Carik Gaza, termasuk larangan membawa masuk makanan, minuman, bahan api atau elektrik.

Ini sedang Israel meneruskan bedilan ke atas Carikan Gaza, lapor Middle East Monitor.

Encik Gallant juga berkata Israel sedang "memerangi haiwan manusia".
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita