Skip to main content

Dunia

Israel adalah 'sekutu' negara-negara Arab untuk menentang Iran, kata Netanyahu

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata bahawa negara-negara Arab melihat Israel sebagai "sekutu yang amat diperlukan" dalam menentang Iran dan kumpulan ISIS.

Anggaran Waktu Membaca:
Israel adalah 'sekutu' negara-negara Arab untuk menentang Iran, kata Netanyahu

Perdana Menteri Benjamin Netanyahu. (Gambar: Leo Correa/AFP)

Diterbitkan : 01 Jan 2019 09:01PM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 09:04PM

RIO DE JANEIRO: Perdana Menteri Benjamin Netanyahu berkata bahawa negara-negara Arab melihat Israel sebagai "sekutu yang amat diperlukan" dalam menentang Iran dan kumpulan ISIS.

Penilaian tersebut, menurut beliau kepada Globo TV Brazil semasa satu lawatan ke Rio, sudah mengakibatkan "satu revolusi dalam hubungan di kalangan negara-negara Arab."

Komen-komen tersebut dikeluarkan sedang Israel meningkatkan jumlah serangan udara terhadap pasukan Iran di negara jiran Syria, dan sedang Israel terpaksa menerima keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik balik askar-askar Amerika dari Syria.

Encik Netanyahu sudah berulang-kali memberi amaran bahawa Iran sedang berusaha untuk membangunkan senjata nuklear untuk memusnahkan Israel.

Israel, menurut beliau, sudah membuktikan bahawa ia aktif memerangi "Islam radikal, Islam yang ganas - tidak kira yang diketuai oleh anggota Shi'a radikal yang diketuai Iran, atau yang diketuai oleh Sunni radikal yang dipimpin oleh ISIS dan Al-Qaeda."

"Malangnya kami belum mencapai sebarang kemajuan dengan warga Palestin. Separuh daripada mereka sudah terjebak dengan keganasan Iran dan menjadi radikal," tambah Encik Netanyahu.

Ditanya sama ada beliau mungkin duduk berbincang dengan pemimpin Iran untuk merundingkan keamanan, Encik Netanyahu menjawab: "Jika Iran kekal komited untuk memusnahkan negara kami, jawapannya tidak."

Satu-satunya cara, menurut beliau, adalah "jika Iran menjalani perubahan menyeluruh."

Encik Netanyahu berada di Brazil untuk menghadiri pelantikan presiden baru Brazil, yang pro-Israel, Encik Jair Bolsonaro.

Semasa di sana, Encik Netanyahu dijadualkan untuk mengadakan perbincangan dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Mike Pompeo, yang merupakan antara tetamu kehormat yang hadir.

Mereka dijangka berbincang mengenai keputusan Amerika Syarikat untuk menarik balik pasukan sakar-askarnya dari Syria dan kegiatan-kegiatan Iran di Timur Tengah. 

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita