Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ismail Sabri Yaakob belum putuskan sama ada pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
 Ismail Sabri Yaakob belum putuskan sama ada pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO

Ismail Sabri Yaakob. (Gambar fail: Bernama)

KUALA LUMPUR: Ismail Sabri Yaakob berkata beliau belum memutuskan sama ada akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO atau tidak dalam pemilihan parti akan datang.

"Saya belum ambil sebarang keputusan untuk pertahankan jawatan atau sebaliknya...saya masih mempertimbangkan perkara itu."

"Jadi sama ada saya ada 'team' (pasukan) atau tidak, (ia) bergantung kepada keputusan itu nanti (bertanding pertahan jawatan atau sebaliknya)," katanya seperti dipetik BH Online pada Jumaat (3 Feb).

Semalam, Mohamed Khaled Nordin mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatan itu.

Laporan BH Online pada Jumaat turut memetik sumber yang berkata bahawa seorang lagi naib presiden, Mahdzir Khalid, akan mempertahankan jawatannya, manakala Setiausaha Agung BN Zambry Abdul Kadir juga dikatakan akan bertanding untuk jawatan itu.

Dalam pada itu, Encik Ismail Sabri berkata Setiausaha Agung UMNO Ahmad Maslan perlu menghormati bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang sedang membuat siasatan berhubung keputusan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022 agar jawatan presiden dan timbalan presiden tidak dipertandingkan.

Ia selepas Encik Ahmad berkata keputusan PAU 2022 itu tidak melanggar perlembagaan parti mahupun Peraturan Mesyuarat.
"Jangan mengambil (alih) bidang kuasa ROS kerana jabatan itu baru saja menjawab surat dua pihak yang mengadu perkara itu."

"Saya difahamkan ROS sudah menjawab aduan dua pengadu itu yang mereka sudah menerima aduan itu dan ROS sedang menyiasat, jadi Ahmad Maslan tidak boleh kata begitu."

"Biarkan dulu ROS menyiasat," kata mantan perdana menteri itu lagi.

Berkenaan keputusan PAU 2022 itu, Encik Ismail Sabri berkata beliau setakat ini menghormati keputusan yang dibuat kecuali ROS membuat keputusan sebaliknya nanti.

"Kalau ROS buat keputusan lain, kita akan putuskan bila masanya tiba," katanya berhubung kemungkinan beliau akan bertanding untuk dua jawatan tertinggi itu.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan