Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ismail Sabri tidak pertahan jawatan Naib Presiden UMNO

Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob, mengesahkan beliau tidak akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO, melalui pemilihan bulan depan.

Encik Ismail Sabri berkata, sehingga kini beliau belum menghantar borang pencalonannya bagi merebut jawatan yang disandangnya sejak 2018 itu.

"Betul (tidak pertahan). Tutup pencalonan jam 5 (petang ini)...saya masih belum hantar," katanya kepada BH Online pada Ahad (26 Feb).

Encik Ismail Sabri bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung sebab keputusan itu diambil.

Pencalonan bagi merebut semua jawatan dalam UMNO kecuali Presiden dan Timbalan Presiden yang dibuka sejak 1 Februari lalu, melabuhkan tirainya jam 5.00 petang hari ini (26 Feb), lapor BH Online.

Sehingga kini, lapan pemimpin parti sudah menyerahkan borang pencalonan mereka untuk bertanding jawatan itu, termasuk dua penyandangnya Mohammed Khaled Nordin dan Mahdzir Khalid.

Sementara enam pemimpin lain yang bertanding untuk jawatan itu ialah Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail; Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Luar Negeri, Zambry Abdul Kadir.

Bekas Menteri Besar Johor yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Hasni Mohammad, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Reezal Merican Naina Merican dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Johari Abdul Ghani.

Menteri dalam Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Azalina Othman Said pula menjadi calon wanita tunggal yang mencabar jawatan nombor tiga parti itu.
Sumber : Agensi berita/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan