Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ismail Sabri tidak patut salahkan 12 menteri PN, kata Mahathir

Anggaran Waktu Membaca:
Ismail Sabri tidak patut salahkan 12 menteri PN, kata Mahathir

Pengerusi Gerakan Tanah Air, Dr Mahathir Mohamad. (Gambar fail: Bernama)

SHAH ALAM: Pengerusi Gerakan Tanah Air, Dr Mahathir Mohamad, meminta Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob supaya tidak menyalahkan 12 menteri Perikatan Nasional (PN) atas keputusan beliau membubarkan Parlimen.

Dr Mahathir menegaskan walaupun Encik Ismail Sabri berhak membuat keputusan sendiri, dalam kerajaan campuran, parti komponen berhak memberi pandangan mereka, lapor agensi berita Sinar Harian.

Beliau menambah pengetahuan dan persetujuan parti komponen juga perlu dipertimbangkan.

Dr Mahathir menjelaskan hakikat sebenarnya, sememangnya UMNO yang ingin Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan segera.

"Memang pun UMNO yang hendak PRU awal. Pedulikan banjir. Yang penting adalah UMNO menang dan penjenayah-penjenayah elak dari dihukum segera," ujar beliau, ditukil Sinar Harian.

Encik Ismail Sabri sebelum ini dilaporkan berkata bahawa keputusan pembubaran Parlimen dibuat selepas 12 menteri menunjukkan sikap tidak wajar dengan mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong.
 
Justeru itu, Encik Ismail Sabri menegaskan pembubaran itu bertujuan untuk menghalang daripada tercetusnya ketidakharmonian dalam pentadbiran kerajaan.
Sumber : Agensi berita/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan