Ismail Sabri tegaskan BN tidak mungkin bergabung dengan PH
Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Perdana menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob berkata tidak mungkin Barisan Nasional(BN) akan bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) bagi membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum Malaysia.
Katanya, keputusan dibuat dalam Perhimpunan Agung UMNO dan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO bahawa prinsip 'No Anwar, No DAP’ kekal, seperti dinukil daripada malaysiakini.
Bagaimanapun katanya, jika keputusan itu mahu disemak semula, ia perlu dibawa semula kepada MT UMNO.
"Bagi saya tak mungkin berlaku (bergabung dengan PH) sebab dalam PAU, di dalam MT keputusan dibuat - no Anwar, no DAP. No PKR no DAP.
"Keputusan tersebut adalah keputusan autoriti tertinggi.
"Kalau nak ubah (keputusan) bawa balik ke MT dan mesyuarat agung untuk putuskan.
"No Anwar, no DAP akan terus kekal. Saya percaya tidak ada sesiapa dalam kalangan Umno boleh ubah keputusan MT secara bersendirian," katanya dalam program bual bicara khas yang disiarkan secara langsung pada Selasa malam (15 Nov).

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.